Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Tuesday, April 6, 2010

PDK Selayang ditimpa pokok lagi.

Pada 24hb Mac 2010 sebatang pokok yang berada disebelah kanan tandas telah tumbang dan menimpa bumbung PDK berhampiran tandas tersebut. Al-Hamdulillah walaupun pokok tersebut agak besar (52 inci ukur lilit) tetapi ia hanya merosakkan beberapa keping atap genting, salur air hujan dan beberapa keping siling bahagian luar sahaja.

Pengurusan Rumah Amal Cheshire telah dimaklumkan oleh Puan Daw San San dan mereka telahpun meninjau tempat yang ditimpa tersebut tetapi tiada berbuat sesuatu dan tiada maklumat sepatahpun apakah tindakan mereka.

Mungkin mereka tidak mahu membaikkinya kerana tempoh PDK diarahkan keluar dari bangunan tersebut telah semakin hampir, iaitu 31hb Mei 2010.

Sila lihat foto yang diambil pada 6hb April 2010 (Selasa) 2 minggu selepas kejadian tersebut. Kejadian ini merupakan kali kedua berlaku selepas kejadian pertama yang berlaku pada tahun 2008, iaitu bila dahan pokok teja (sentang) yang ada berhampiran dengan dapur sekah dan menimpa bumbung di bahagian kelas Puan Jamaliah (EIP 1) dan Puan Faridah (EIP 2). Mujur tidak mengakibatkan kerosakkan yang teruk.

4 comments:

Nurul Huda said...

Salam. PDK selayang akan pindah ke mana kalau saya boleh tahu?

Mohd Yusof Tawil said...

Wsalam. PDK akan berpindah ke No. 7078, Jalan 12, Taman Selayang Baru, +-1.7km dari tempat sekarang, no. tel, fax masih sama, jangan risau, sekarang bangunan baru sedang dibersihkan bila dah cantik nanti saya akan post gambar di blog ini, kalau tengok dari google map, cari taman selayang baru, bangunan baru berhadapan dengan lot 7059, tq.

Zarifah said...

salam. dah lama nak tanya : macam mane en. yusof dan pn. nani dapat nombor contact saya? walau tak kenal secara peribadi, namun ia tak menghalang saya memberi kerjasama demi anak2 pendidikan khas.
- penyelaras PPKI, SMK Bandar Baru Sentul.
terima kasih atas berita terkini tentang PDK dan ucapan yg dikirim. harap kita boleh bekerjasama. TQ.

Mohd Yusof Tawil said...

Itu maknanya tugas puan amat diketahui dan diperlukan oleh orang lain.

dalam kerja seperti kita, kita perlu banyak mengetahui hal-hal semasa termasuk siapa yang perlu kita kenal, ketahui dan kita jumpai untuk minta pertolongan.