Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Sunday, December 7, 2014

PDK Selayang Hantar Peserta ke Program Berkhatan MSU 2014

PDK Selayang telah menghantar seramai 7 orang kanak-kanak dari komuniti yang terdiri dari anak-anak yatim dan anak-anak keluarga berpendapatan rendah dan miskin ke Program Berkhatan Tahunan kali ke 3 Management & Sciences University (MSU) di Seksyen 13 Shah Alam, pada:

Tarikh : 6hb Disember 2014 (Sabtu)
Masa : 7:30 am - 2:00 pm
Tempat : MSU, Shah Alam
Peserta : 7 orang

Seramai 35 orang kanak-kanak berumur antara 3 - 13 tahun telah dikhatankan yang datang dari 3 rumah kebajikan termasuk PDK Selayang dan juga anak-anak kakitangan-kakitangan MSU sendiri.

Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid, iaitu Presiden MSU telah merasmikan program tersebut, dan meluangkan masa melawat semua kanak-kanak di wad selepas dikhatankan sambil menyampaikan goodies bag kepada mereka.

Antara peserta yang dihantar oleh PDK Selayang termasuk 3 beradik iaitu Muhammad Alvin Chan (13 tahun), Muhammad Danial Chan (11 tahun) dan Muhammada Adrian Chan (8 Tahun).

Tahniah kepada mereka kerana telah memasuki alam dewasa;

Takziah juga kepada mereka yang baru sahaja kehilangan ibu tersayang enam hari sebelum program berkhatan ini iaitu pada Ahad 30hb November 2014, akibat komplikasi penyakit TB dan buah pinggang.

Lain-lain peserta adalah termasuk dua beradik, Muhammad Afiq Danial (10 tahun), Muhammad Ariq Darwisy (9 tahun).

Proses Pendaftaran Kehadiran



Pertunjukkan Silat





Ucapan Perasmian



"Tok Mudim"




Gimik Pelancaran

Antara Hadirin




Peserta2 Berkhatan Bergambar Bersama Tan Sri











"Mandi Time"










Sekadar Selingan (Ikan yang terdapat di MSU)











Muhammad Adrian Chan









Muhammad Danial Chan







Muhammad Alvin Chan


Muhammad Danial Chan










No comments: