Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, May 10, 2014

Lawatan Pelajar Universiti Malaya SKET ke PDK Selayang 10/05/2014

Lawatan Pelajar UM SKET ke PDK Selayang 10/05/2014


10/05/2014; PDK Selayang; 8:30 am-3:00pm

Seramai 32 orang pelajar Program Khidmat Kemasyarakatan bertemakan Helping, Encouragement and Loving Project (HELP) telah melawat PDK Selayang dengan membawa pelbagai aktiviti untuk pelatih-pelatih remaja dan pelatih-pelatih kanak-kanak di Pdk Selayang.

Mereka memulakan aktiviti mereka dengan senamrobik yang bermula pada jam 9:00 am dan diikuti dengan program Mari Melukis pada jam 9:30 am selama 1 jam berikutnya, seterusnya sesi minum pagi dan diteruskan dengan sesi beramah mesra bersama-sama dan menonton latihan perkusi yang dijalankan oleh PDK Selayang yang akan membuat persembahan esoknya 11/05/2014 di Buddhist Maha Vihara, Brickfields.

Oleh kerana hujan lebat yang turun pada jam 11:30 pagi, telah merencatkan sedikit perancangan mereka yang sepatutnya melakukan kerja gotong-royong membersihkan persekitaran PDK dan ditukarkan kepada aktiviti ramah-mesra.

Selepas makan tengahari (yang ditaja oleh UM SKET) mereka mengadakan majlis penamat program dengan menyampaikan cenderahati kepada PDK Selayang dan juga sumbangan sebanyak RM500.00. Disamping itu semua pelatih dan petugas yang hadir juga menerima buah tangan juga sumbangan UM SKET.

Rombongan UM SKET berangkat pulang pada jam 3:00 petang dengan wajah keceriaan dan kepuasan setelah menjayakan program tersebut.
Like ·  · Stop Notifications · Promote · 

No comments: