Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Monday, September 9, 2013

PDK Selayang : Sertai Program 10,000 Langkah ke arah Kesihatan di Putrajaya

Tarikh : 7hb September 2013 (Sabtu)
Masa : 7:00 - 11:30 pagi
Tempat : Putrajaya
Jumlah Pelatih OKU : 15
Jumlah Pengiring : 5
Anjuran : Kementerian Kesihatan Malaysia
Kerjasama : Fitrah Malaysia

PDK yang turut bersama:

1 - PDK Selayang
2 - PDK Rawang
3 - PDK Kamii Gombak Setia
4 - PDK Hulu Kelang
5 - PDK Batu Arang, dan
6 - PDK Taman Seri Gombak

Berkumpul di PDK  Selayang jam 5:00 pagi, bergerak ke Putrajaya jam 6:00 pagi
tiba di Putrajaya jam 6;50 pagi




5 minit lepas bas bergerak ramai dah tangkap lentok


Turun dari bas setelah tiba destinasi











Foto bersama Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan


Isi borang cabutan bertuah
Yang sungguh tak bertuah


'Tukang buat kecoh' datang ke khemah 






Warga Putrajaya dengan Bendera Malaysia










Muhammad Naim Zaina Salleh dengan
Puan Hajjah Zaharah Ali, Penyelia PDK Taman Seri Gombak








































Ada pulaaak yang prasan kat belakang tuh

Beh Hong Wei dan Mohd Amirul Hassan


Ahmad Fadil, Aishah dibawa oleh Cikgu Suhada, PDK Selayang


Dua peserta dari PDK Rawang (kanan) dan PDK Taman seri Gombak (kanak)








aaaaaahhh!! nasib baik ada tandas nih!

Muhammad Azhari Azhar (warga Putrajaya)

Mereka sudi untuk bergambar dengan tandas ini










Peserta dari PDK Kamii, Gombak Setia



Akmal Suhaimi, Beh dan Amirul






Nasib baik ada brother nih tolong pungut sampah, kalo tak!!!



Menteri Kesihatan melawat khemah kami




Ready for show


Key person for the s


Hamzah Ahmad Kamal, waiting for his show









Minah nih kohok meloooo, amek sampe 2, taknak share, he he he    

Group photo b4 return to PDK Selayang








No comments: