Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Friday, February 1, 2013

Salah faham : OKU Lari sebelum kahwin


Kuala Lumpur: Gara-gara salah faham, sepasang kekasih orang kurang upaya (OKU) yang bakal berkahwin bertindak lari dari rumah dipercayai bersama kekasihnya itu selepas membuat permohonan bantuan Baitulmal pada 10 Januari lalu.
Pasangan OKU Mohd Azwan Alimat, 19, menghidap masalah lembam dan teman wanitanya, Kasma Saari, 49, yang lembam dan kerdil dikatakan menghilangkan diri selepas membuat permohonan itu.
Ibu angkat Mohd Azwan, Russiah Bidin, 56, berkata, pada hari kejadian dia meminta anaknya menghantar kekasihnya pulang ke rumah di Sentul, namun gagal pulang selepas itu.
“Sebelum itu, saya bersama anak dan Kasma ke Baitulmal untuk membuat permohonan bantuan bulanan OKU sebelum pulang ke rumah di Taman Datuk Senu kira-kira jam 12.30 tengah hari.
“Selepas itu, saya meminta anak menghantar teman wanitanya pulang ke rumah yang juga terletak berhampiran kediaman kami,” katanya.
Katanya, dia mula berasa tidak sedap hati apabila anaknya gagal pulang rumah dua jam kemudian dan cuba menghubungi telefon bimbit pasangan itu, namun gagal.
Foto
RUSSIAH menunjukkan pasangan OKU yang lari dari rumah.
“Risau keselamatan anak, saya membuat laporan polis di Balai Polis Sentul dan sehingga hari ini belum menerima sebarang khabar dari mereka,” katanya.
Menurutnya, dia percaya pasangan itu lari dari rumah selepas dia melarang Mohd Azwan berjumpa teman wanitanya sepanjang mengikuti kurus kahwin.
Russiah meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pasangan berkenaan untuk menghubunginya di talian 012-9203094 atau ke balai polis berhampiran.

No comments: