Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Saturday, November 17, 2012

Majlis Penyerahan Kerusi Roda dan Alat Bantuan oleh ALEPS 2012

Majlis peenyerahan ini diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Teluk Pulai , Kelang, Selangor pada 3hb November 2012 (Sabtu) jam 10:00 pagi. Semua kerusi roda dan alat bantuan ini adalah sumbangan dari Jepun melalui Persatuan Menghantar Kerusi Roda Kepada Kanaka-Kanak Yang Memerlukan Luar Dari Jepun dan ALEPS (Alumni Look East Program Society). Kerusi roda dan alat bantuan ini adalah terpakai (2nd-hand) dan telah dibaik pulih.
Antara OKU yang menerima kerusi roda gan alat bantuan tersebut adalah dari PDK Selayang, PDK Hulu Kelang, PDK Rawang, PDK Sungai Buloh, PDK Mutiara Hatiku (Shah Alam), PDK Kelang Utara, PDK Rumah Sayangku (Telok Panglima Garang) dan PDK Telok Datok, selain dari beberapa individu




Antara kerusi roda yang bakal diberikan


Nih bakal penerima dari PDK Sungai Buloh dan kerusi roda mereka
Puan Kantheswary dari JKM Selangor pun ada (duduk di barisan velakang berbaju kelabu)


Tuan Syed Putera Syed Mokhtar sedang menyampaikan ucapan/taklimat

Wakil dari Jepun yang dihantar oleh Mr Katano Tomoyuki (Presiden NPO dari Jepun tersebut)

Upacara Penyerahan Kerusi Roda


Wajah-wajah gembira penerima


Pameran juga turut disediakan


UNTUK MAKLUMAN Kerusi roda dan alat bantuan tersebut HANYALAH DIPINJAMKAN SEMENTARA SAHAJA, BUKAN DIBERIKAN, IANYA ADALAH HAK ALEPS KALAU DAH TAK MUAT/TAK BOLEH PAKAI, ......MAKA, KENALAH PULANGKAN SEMULA KEPADA ALEPS...... -----BOLEH MOHON YANG BARU, YANG BOLEH PAKAI DAN SESUAI-----

No comments: