Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Monday, January 2, 2012

PDK Selayang : Lawatan dari PDK Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar

Seramai 40 orang pelawat dari PDK Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak pada 27hb Disember 2011 (Selasa) lalu.
Rombongan pelawat dari PDK Kota Lama Kiri, Kuala kangsar sedang
mendengar taklimat dari Naib Pengerusi II PDK Selayang

Rombongan pelawat diketuai oleh Penyelia PDK tersebut iaitu Puan Minah Mat Satar, dan diiringi oleh Pegawai Penyelaras PDK Daerah Kuala Kangsar Cik Norliza Ayuzah Zakaria, tiba di PDK Selayang pada jam 9:40 pagi.
Bersabar untuk mengambil juadah minum pagi

Bersama-sama rombongan tersebut juga ialah kedua-dua Petugas PDK, beberapa ibubapa dan selebihnya adalah pelatih-pelatih PDK kanak-kanak  dan remaja.
Rombongan sedang menikmati juadah minum pagi yang disediakan
oleh PDK Selayang

Rombongan tersebut telah diberi taklimat oleh Naib Pengerusi II PDK Selayang, iaitu Encik Mohd Yusof Tawil.
Pelatih Remaja PDK Kota Lama Kiri berpeluang belajar perkusi
dari profesional spt Encik Shahrin Hamid

Puan Mariam, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak juga hadir bersama untuk meraikan rombongan pelawat tersebut bersama-sama dengan Encik Saimi@ Saimey Norbek Pegawai Penyelaras PDK Daerah Gombak.
Puan Mariam, Penolong Pegawai JKM Daerah Gombak

Pada masa yang sama, program latihan perkusi diadakan di PDK Selayang bersama-sama dengan PDK Rawang dan PDK Hulu Kelang.
Cik Norliza Ayuzah, Penyelaras PDK Daerah Kuala Kangsar

Semua pelatih PDK Kota Lama Kiri telah diberi pendedahan selama hampir satu jam bermain perkusi yang dijalankan oleh Encik Shahrin hamid seorang pemain muzik profesional yang menjalankan khidmatnya secara separa sukarela.
Pengenalan kepada perkusi

Selepas taklimat, mereka dibawa melawat ke kelas-kelas PDK, latihan perkusi dan bilik Terapi ArBuCha PDK Selayang.
Sedang mendengar penerangan mengenai kelas-kelas PDK dari Puan Noraini
Othman, Penyelia PDK Selayang (baju berbunga merah)

Meninjau bilik terapi ArBuCha

Bertukar-tukar cenderahati


Mereka kemudiannya bertukar-tukar cenderahati sebelum rombongan pelawat bergerak meninggalkan PDK Selayang pada jam 12:20 tengahari untuk makan tengahari di restoran nasi kandar kayu di Subang Jaya.

No comments: