Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Tuesday, September 14, 2010

Gaji RM2,500 layak mohon PPR

Sentral: Gaji RM2,500 layak mohon PPR


Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail-smohd@bharian.com.my -Berita Harian-2010/09/14

Penghuni kaki lima Kuala Lumpur boleh dapatkan rumah rakyat

BANGSAR: Golongan gelandangan yang bekerja tetapi menjadikan kaki lima di bandar raya ini sebagai tempat tidur boleh memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) jika mereka memenuhi syarat yang ditetapkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Pembangunan Bandar (KWPKB).

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata antara syaratnya ialah mereka menetap di Kuala Lumpur, berpendapatan bawah RM2,500 dan warga negara Malaysia. Beliau berkata, golongan gelandangan terutama yang sudah berkeluarga boleh memohon untuk menyewa rumah PPR yang harganya hanya RM124 sebulan.

“Jika cukup syarat yang ditetapkan golongan terbabit boleh mendapatkan borang di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Bagaimanapun, pemohon perlu menunggu kerana rumah PPR adalah terhad berbanding 25,000 senarai menunggu yang akan dipindahkan dari kawasan setinggan di bandar raya ini,” katanya.

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani golongan gelandangan dalam usaha membanteras masalah individu berpeleseran di negara ini melalui pendekatan terbaik.

Jawatankuasa itu diwujudkan Mac lalu dan dipengerusikan Ketua Setiausaha kementerian terbabit.

Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Fazari Mohd Salleh, berkata gelandangan dibahagikan kepada enam kategori iaitu merujuk kepada golongan miskin tanpa rumah atau kerja, ada kerja tidak tetap dan tidak mampu memiliki rumah, pengemis atau individu berpeleseran, pesakit mental, penagih dan penghidap HIV.

Beliau berkata, masalah itu baru 'diketengahkan' di negara ini dan kementerian melalui JKM serta jawatankuasa khas terbabit sedang mengumpul data berhubung golongan sasaran.

Kebanyakan golongan gelandangan di ibu kota yang bekerja terpaksa menjadikan kaki lima sebagai tempat tidur kerana gaji yang diperoleh tidak mencukupi untuk menyewa rumah yang mahal.

Golongan itu mendakwa kira-kira 40 peratus gelandangan yang berpendapatan RM1,000 hanya mampu menyewa rumah PPR yang harganya lebih murah.

Raja Nong Chik berkata, KWPKB akan melihat keperluan jika golongan terbabit lebih memerlukan rumah berbanding senarai menunggu setinggan yang masih dalam perbincangan.

Dulu masa banyak setinggan, ada setinggan yang dikenali sebagai JUARA SETINGGAN.

Tetapi sekarang sebab dah banyak PPR ada yang bergelar RAJA PPR

APA TU?!!!!.......

Raja Nong Chik dan DBKL kenalah memastikan hanya sebuah rumah untuk satu keluarga.

Ini kerana ada yang mempunyai banyak rumah PPR kemudian disewakan kepada orang lain.

DBKL juga kena buat banci pintu-ke-pintu untuk mempastikan rumah PPR diduduki oleh pemohon bukan disewakan pada pehak ketiga yang lebih memerlukan rumah.

Lebih teruk lagi ada antaranya yang mempunyai rumah-rumah PPR, menyewakannya dan ia sendiri duduk mungkin di kondo, senangkan berniaga tanpa modal, cuma perlu mohon, tipu maklumat, dan mungkin ada kabel besar (orang dalam yang sama makan saham- - - -rasuah).

No comments: