| Dimulakan dengan Persembahan Nasyid | 
| Diikuti oleh persembahan perkusi | 
| Encik Ernest Yeap, TA Global's Director of Business Development | 
TA Global dengan diketuai oleh Encik Ernest Yeap bersama dengan 30 orang kakitangannya telah tiba di PDK Selayang seawal 5:00 petang, telah beramah mesra dengan warga PDK Selayang yang juga telah hadir seawal 4:00 ptang untuk bersam-sama meraikan majlis tersebut.
| Kakitangan TA Global beramah mesra dengan warga PDK Selayang | 
Seramai 30 orang Pelatih OKU, 20 anak yatim dan 20 kanak-kanak kurang bernasib baik hadir pada petang tersebut, disamping 7 orang Pelatih OKU dari PDK Rawang dan 7 orang lagi dari PDK Hulu Kelang.
| Kakitangan TA Global beramah mesra dengan warga PDK Selayang | 
Majlis bermula pada jam 6:00 petang dengan persembahan nasyid dari Petugas-Petugas PDK Selayang. PDK Rawang dan PDK Hulu Kelang serta 3 orang pelajar praktikal dari USM Pulau Pinang termasuk beberapa Pelatih PDK.
Selepas itu persembahan perkusi oleh Pelatih PDKyang akan dibawa ke 1st CBR World Congress di Agra, India pada 26-28hb November tahun ini.
Kemudian, Encik Ernest Yeap selaku wakil penganjur menyampaikan ucapan alu-aluan dan diikuti oleh ucapan teima kasih dari pehak PDK Selayang yang disampaikan oleh Naib Pengerusi II PDK Selayang iaitu Encik Mohd Yusof Tawil.
| Sebelum merasmikan papan tanda | 
| Encik Ernest Yeap melaksanakan acara perasmian papantanda PDK Selayang sambil disaksikan oleh Encik Mohd Yusof | 
| Encik Ernest Yeap dan Encik Mohd Yusof Tawil | 
Kemudiannya, kakitangan TA Global bergotong-royong menyediakan makanan untuk semua OKU dan kanak-kanak yang hadir dan bersama-sama menikmati iftar bermula jam 7:26.
| Bergotong-royong menghidangkan makanan | 
Kemudian diikuti pula acara penyampaian sumbangan bahan-bahan makanan kepada PDK Selayang.
| Sumbangan untuk PDK Selayang | 
| Antara Kakitangan PDK Selayang | 
| Antara Kakitangan TA Global yang turut hadir | 
Terima Kasih Daun Keladi
Kalau Boleh Nak Lagi
Naik Lori Naik Bas
Tak Tau Macamana Nak Balas
 
 
No comments:
Post a Comment