Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Monday, August 6, 2012

PDK Selayang : Iftar bersama XenoGraphixStudio

Perkara : Iftar Ramadhan 
Tarikh : 12 Ramadhan 1433H (2hb Ogos 2012-Khamis)
Masa : 6:00 petang - 10:00 malam.
Tempat : PDK Selayang.
Kumpulan Sasar : Pelatih OKU PDK dan Anak Yatim & Kurang Bernasib Baik (Program Perkhidmatan Komuniti PDK Selayang)

Ketibaan Datin Faridah Mohamad
Datuk Hasnal bertanya khabar dengan Pelatih PDK Muhammad Danial,
Mohd Aliff dan Ahmad Fadil
Di belakang tabir
Perggghhhhhh!

Seramai 22 orang Pelatih OKU PDK dan 20 orang anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari program perkhidmatan komuniti PDK Selayang telah dijemput hadir untuk berbuka puasa bersama-sama dengan 2 orang artis jemputan iaitu Apek dan Yassin Senario. (Malangnya kedua-dua mereka tidak tiba sehingga waktu iftar bermula, mungkin mengalami 

Bikers berbual dengan Shamil
Group photo

Antara VIP yang turut hadir ialah Datuk Muhammad Hasnal Hashme dan Datin Julia dari Masgenuine Alliance Holdings Sdn Bhd dan Datin Faridah Mohamad dari BioNutri Sdb Bhd. Datin Paduka Norkhailah penaung program tersebut tidak dapat bersama kerana perlu menghadiri satu mesyuarat di Putrajaya.

Ucapan oleh Datuk Hasnal
Ucapan Penganjur Program dari XenoGraphixStudio


Turut hadir ialah seramai 5 orang penunggang Malaysia Bikers Community (MMC) mengiringi kenderaan yang dipandu oleh Datuk Hasnal dari Sungai Buloh hingga ke PDK Selayang.

Al-Hamdulillah
Sumbangan bahan makanan daru BioNutri Sdn Bhd
Sumbangan duit raya
Sumbangan untuk PDK Selayang

Majlis bermula dengan acara ramah mesra bersama OKU dan kanak-kanak sehingga tiba waktu iftar Ramadhan pada jam 7:29 malam. Selepas selesai solat Maghrib berjemaah pada jam 8:00 malam acara penyampaian duit raya kepada semua OKU dan kanak-kanak yang hadir. 

Bye-Bye

Majlis tamat pada jam 10:00 malam.




No comments: