OKU : Orang Kurang Upaya
KUALA LUMPUR: “Anak cacat adalah anak syurga, jika ibu bapa ikhlas menjaganya dengan niat ibadat kepada Allah, mereka seolah-olah menempah tiket syurga bersama anak-anaknya,” kata pendakwah bebas yang juga kaunselor, Dr Rubiah Hamzah.
Katanya, memang berat bagi sesiapa yang diuji Allah dengan memberikan anak kurang upaya, namun kesempatan menjaga dan mendidik anak yang cacat adalah anugerah Allah, malah diberi ganjaran yang berganda sekiranya ibu bapa ikhlas dan reda kerana-Nya.
“Sebenarnya, mereka sedang diperhatikan Allah, mungkin ketika ini mereka perlu melalui kehidupan sukar, tapi Insya-Allah akan diberi kemudahan dan ganjaran yang baik di akhirat kelak,” katanya, semalam.
Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai ketabahan Tuan Jamilah Tuan Besar, 52, ibu kepada lima anak yang mengalami masalah mental di Kampung Raja Chendering, Kuala Terengganu.
Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai ketabahan Tuan Jamilah Tuan Besar, 52, ibu kepada lima anak yang mengalami masalah mental di Kampung Raja Chendering, Kuala Terengganu.
Dikurniakan tujuh anak hasil perkahwinannya dengan Syed Mohd Yatim Tuan Ngah, 56, Jamilah bersama suaminya berdepan ujian besar apabila lima anaknya, Syarifah Nohaniza, 30, Syarifah Rohani, 28, Syed Nurul Amlu, 26, Syarifah Nia Zira, 24, dan Syed Mohd Akil, 20, menghidap penyakit mental sejak dilahirkan.
Sebaliknya, anak-anak yang meninggalkan dan mengabaikan ibubapa mereka : akan mendapat tiket ke Neraka Jahannam
No comments:
Post a Comment