Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Wednesday, August 22, 2012

PDK Selayang :Iftar Ramadhan Jemputan MSU (Management & Science University)

MSU (Management & Science University) telah menjemput seramai 80 orang asnaf dari PDK Selayang yang terdiri dari 20 OKU, 30 anak yatim dan 30 orang kanak-kanak kurang bernasib baik yang diiringi oleh seramai 10 orang pengiring terdiri dari 1 Jawatankuasa, 7 Petugas PDK dan 2 Sukarelawan.

Iftar Ramadhan dan Sumbangan Zakat tersebut telah diadakan ada 25 Ramadhan 1433H/14hb Ogos 2012.




Mereka dibawa ke Kampus MSU di Seksyen 13, Shah Alam (Sebelah Tesco Shah Alam) oleh dua buah bas khas yang desediakan oleh pehak MSU pada jam 3:30 petang.

Penyampaian Zakat kepada pertubuhan/rumah kebajikan,
PDK Selayang menerima sebanyak RM5,000.00

Mereka tiba di perkarangan MSU pada jam 4:20 petang dan terus dibawa ke auditorium MSU untuk mengikuti program yang teah dirancang pada jam 5:00 petang.

Prof. Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid
President MSU






Tetapi malangnya program hanya dapat dimulakan pada jam 6:35 petang oleh kerana kelewatan tiba oleh sebuah rumah anak yatim yang terkenal di Kuala Lumpur, walaupun bas telah tiba seawal jam 3:00 petang.


Menyampaikan duit raya kepada asnaf dari PDK Selayang


Sejurus selepas majlis dimulakan, Prof. Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid iaitu President MSU menyampaikan ucapan alu-aluan yang ringkas dan selepas itu menyampaikan sumbangan kepada semua 15 buah pertubuhan/rumah kebajikan yang dijemput serta kepada seramai 640 orang asnaf yang dibawa khas ke MSU.



Antara 80 orang asnaf dari PDK Selayang



Selepas tamat, majlis, mereka semua diiringi oleh usherers yang terdiri dari kakitangan dan pelajar MSU ke dewan makan untuk berbuka puasa.




Selepas solat Maghrib mereka dihidangkan pula makan malam yang disediakan bersama dengan lauk-pauk yang enak.




Selepas makan malam, mereka pula diminta untuk meneruskan program dengan bersama-sama solat 'Isya' dan solat Tarawih 8 raka'at atau beransur balik ke tempat masing-masing.




PDK Selayang, seperti tahun-tahun sebelumnya terus mengikuti solat 'Isya' dan Tarawih sehingga tamat.




Setelah tamat solat Tarawih, mereka dijamu pula dengan juadah more. Rombongan PDK Selayang berangkat pulang pada jam 10:30 malam dan selamat tiba di perkarangan PDK Selayang pada jam 11:20 malam.




Jawatankuasa dan warga PDK Selayang mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan MSU yang sudi dan tidak jemu menjemput warga (asnaf) dari PDK Selayang samada dalam majlis Iftar Ramadhan dan Rumah Terbuka Eidul-Fitri.

Seperti biasa PDK Selayang juga tidak melupakan PDK sahabat yang kurang mendapat jemputan dengan membawa bersama 7 orang Pelatih OKU dari PDK Kg Kenanga, Rawang dan 7 orang Pelatih OKU dari PDK Hulu Kelang

Terima kasih, Al-Hamdulillah.

No comments: