Rebat tol lebih menarik pada Aidilfitri tahun ini
GOMBAK - Pengguna lebuh raya dijangka menikmati rebat tol yang menarik sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md. Salleh berkata, pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat oleh Menteri Kerja Raya dalam masa terdekat.
"Setiap tahun kita berbincang dengan rakan kongsi kita untuk memberi diskaun atau rebat kepada pengguna terutama semasa dan sebelum raya serta untuk Hari Kemerdekaan.
"Berapa banyak (diskaun)? Menteri kami akan buat pengumuman, namun saya beri jaminan kali ini lebih baik berbanding tahun lepas kerana kita meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang menjadikan tahun ini istimewa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Panadol Be Prepared di sini semalam.
No comments:
Post a Comment