Majlis bermula seawal jam 10:00 pagi dan berakhir pada jam 3:40 petang.
Tetapi Petugas PDK serta volunteer yang membantu telah bermula seawal jam 6:30 pagi, bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Program iaitu Encik Mohd Yusof Tawil, dan diikuti dengan bacaan do'a yang disampaikan oleh Ustaz Zainudin Sulaiman seorang bapa kepada salah seorang pelatih PDK Selayang.
Seramai 68 orang pelatih PDK Selayang telah hadir bersama-sama dengan keluarga masing-masing dan diikuti oleh beberapa pelatih PDK sahabat yang turut diundang untuk menyertai dan menikmati perlbagai juadah yang telah disediakan.
Semua juadah yang disediakan adalah hasil sumbangan dari keluarga pelatih PDK, Jawatankuasa PDK (individu) serta masyarakat setempat dan jiran-jiran kepada PDK Selayang, kecuali nasi himpit dan kuah kacang.
Sementara itu Jawatankuasa PDK juga telah menyumbangkan duit raya kepada semua pelatih PDK yang hadir, OKU jemputan yang hadir dan semua kanak-kanak yang hadir termasuk adik-beradik kepada pelatih PDK, anak-anak kepada Petugas PDK Selayang anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik yang dijemput dan semua kanak-kanak yang hadir yang kesemuanya berjumlah lebih dari 250 orang.
Jumlah kehadiran jemputan yang meraikan majlis tersebut telah mencatat rekod baru dengan seramai 723 tetamu yang hadir. Ia memecah rekod yang dibuat pada tahun 2009 iaitu seramai 671 tetamu.
Pelbagai jenis makanan dan juadah tradisi telah disediakan (dari sumbangan) termasuklah:
- lemang sumbangan keluarga pelatih PDK Wan Nasrul Izhar Wan Ismail;
- Rendang daging dendeng sumbangan Puan Faridah Kamis-bekas Petugas PDK Selayang yang kini merupakan seorang Caterer yang berjaya;
- Bakso sumbangan keluarga pelatih Hafiz Ali Ashar;
- Laksa Kedah sumbangan keluarga Pembantu PDK Norbani Adnan;
- Nasi Minyak sumbangan keluarga pelatih PDK Siti Hajar Masrom;
- Roti Jala dengan gulai kari ayam sumbangan keluarga pelatih PDK Wan Muhammad Aminuddin;
- dan pelbagai makanan dan juadah raya yang disumbangkan oleh mereka yang tidak dapat disebutkan disini.............