Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Wednesday, August 1, 2012

Metro : Nur Aimie perlu kerusi roda


SEREMBAN: “Bukan mudah menjaganya kerana dia tidak seperti kanak-kanak OKU (orang kelainan upaya) yang lain apabila bahagian sebelah kanan badannya tidak berfungsi dan perlu diberikan perhatian sepenuhnya,” kata Badariah Baharudin, 45, ibu kepada kanak-kanak OKU, Nur Aimie Shahira Abd Malek, 9.

Suri rumah yang tinggal di Taman Desa Dahlia Senawang, dekat sini, berkata anak bongsu daripada enam beradik itu mula dikesan mengalami kecacatan ketika berusia sebulan setengah iaitu sebaik dia keluar dari Hospital Tuanku Najihah Kuala Pilah. “Berpandukan laporan doktor, dia mengalami masalah di bahagian otak dan kini tidak boleh bercakap, berjalan serta duduk dan hanya berbaring saja. Selain itu terdapat kecacatan pada tulang punggungnya menyebabkan dia memerlukan perhatian sepanjang masa.

“Namun Nur Aimie Shahira masih boleh makan dengan disuap,” katanya di sini, semalam. Katanya, dia memerlukan RM450 sebulan untuk keperluan makanan Nur Aimie Shahira termasuk susu khas, bijirin dan lampin pakai buang.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana menerima bantuan sara hidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak tiga bulan lalu berikutan suami yang juga pesara tentera hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di bandar ini dengan pendapatan kira-kira RM1,100 sebulan,” katanya.

Badariah berkata, dia sedang berusaha untuk mendapatkan sebuah kerusi roda khas untuk anaknya itu bagi membolehkan Nur Aimie Shahira mudah dibawa terutama ke HTJS.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/01


# Puan boleh hubungi kami di PDK Selayang untuk mendapatkan sebuah kerusi roda yang sesuai dengan saiz anak puan, kerusi yang ada dijual di pasaran ialah kerusi standart untuk orang dewasa yang mempunyai saiz (lebar) pinggul 20" atau 22".........

1 comment:

eelobor said...

cuba contact wartawan metro tu mintak maklumat pasal berkenaan...