Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Friday, October 29, 2010

INFO - KANAK-KANAK HILANG

(6/10/10) HAVE YOU SEEN THIS CHILD?

Lee Xin Ru, a two year old has been missing since 21 September 2010. If you have any information regarding to this child, please contact Insp. Haroza Pandi (019-8793776) or Ibupejabat Polis Daerah Raub, Pahang (09-3552222).

Saturday, October 23, 2010

Kejohanan Bowling Special Olympics Antara PDK-PDK Daerah Gombak 2010-Versi Sinar Harian

Boling Olimpik Istimewa meriah, Sinar Harian 23/10/2010 Sabtu

SELAYANG UTAMA – Seramai 47 pemain dalam kalangan peserta Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berentap pada Kejohanan Boling Olimpik Istimewa, yang berlangsung di Wangsa Bowl, Selayang Mall dekat sini.

Sebanyak lapan kumpulan divisyen bertanding, manakala dua kumpulan lagi kategori perkenalan.

Ia menyaksikan juara jatuhan pin terbanyak pertandingan kalangan orang kurang upaya (OKU) kecacatan intelek itu, diungguli Ab Hafiz Mohd dari PDK Kamii Gombak Setia, dengan 294 jatuhan pin.

Selain Ab Hafiz dalam kumpulan Divisyen 1, juga mendapat tempat pertama adalah Mugilen Tamil Selvam (Divisyen 2) dari PDK Batu Arang; Ahmad Safwan Shukor (Divisyen 3) dari PDK Selayang; Nurul Azian Jayus (Divisyen 4) dari PDK Batu Arang dan Mohd Zahry Ruskamal (Divisyen 5) dari PDK Sungai Choh.

Sementara itu, bagi tempat pertama Divisyen 6 pula disandang Zulkifli Mohd Noh, dari PDK Kamii Gombak Setia; Narkesh Naidu (Divisyen 7) dari PDK Rawang dan Nurzila Afiqah (Divisyen 8) dari PDK Hulu Klang.

Bagi Kategori Pengenalan pula, tempat pertama dimenangi Hidayat Mansor (Divisyen 9) dan Ibrahim Yaacob (Divisyen 10), kedua-duanya dari PDK Kuala Kubu Baru.

Difahamkan setiap divisyen menggabungkan peserta bertanding dari setiap PDK antara empat hingga enam peserta, dipantau penyelia dan guru PDK masing-masing.

Juara jatuhan pin terbanyak menerima hadiah replika pin boling sumbangan Wangsa Bowl, selain tempat pertama menerima medal emas diikuti tempat kedua dan ketiga mendapat medal perak dan gangsa.

Pengerusi Penganjur yang juga Penyelia PDK Rawang, Sara Shaari berkata, terdapat lapan daripada sembilan PDK dalam daerah Gombak menyertai pertandingan.

Katanya, turut sama dijemput memeriahkan pertandingan adalah peserta PDK Sungai Choh, PDK Batang Kali dan PDK Kuala Kubu Bharu.

“Tujuan kita mengadakan program ini adalah untuk memberikan pendedahan peserta PDK kepada sukan kerana jika tidak aktiviti mereka hanya terhad di rumah dan di PDK sahaja.

“Sebenarnya mereka ini juga boleh bermain boling, tetapi seperti kita lihat hari ini semua mempunyai gaya tersendiri,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Penyelaras PDK Daerah Gombak, Saimi Norbek, Pegawai Teknikal Olimpik Istimewa Malaysia (SOM), Mohd Yusof Tawil, ibu bapa dan ahli keluarga peserta PDK yang bertanding.

Sementara itu, Mohd Yusof yang juga Naib Pengerusi 2, PDK Selayang berkata, idea mengadakan program berkenaan selaras dengan tema SOM iaitu ‘Pemulihan melalui sukan’.

“Buat masa ini seramai 12 Pegawai Teknikal dilantik dalam kalangan penyelia/petugas PDK yang mengikuti kursus kejurulatihan dan kepegawaian Olimpik Istimewa.

“28 lagi penyelia dan petugas PDK adalah jawatankuasa dan ahli Jawatankuasa Kecil Kejohanan, sementara 11 lagi yang tidak atau belum pernah mengikuti kursus kepegawaian dan kejurulatihan dilantik sebagai pengiring atlet,” katanya.

Friday, October 22, 2010

Kejohanan Bowling Special Olympics Antara PDK-PDK Daerah Gombak 2010






KEJOHANAN BOWLING SPECIAL OLYMPICS

ANTARA PDK-PDK DAERAH GOMBAK

20-10-2010



COMPETITION SHEET



KUMPULAN 1

NO. NAME GAMES TOTAL +15.00% DIV.

POINT POSITION

1st 2nd 3rd

1. HAMZAH AHMAD KAMAL 107 85 75 267 95.50 2

2. NORBAINI ADNAN 66 101 96 263 85.20 3

3. NAJIB 91 73 81 245 84.70 5

4. ARIF ALI 95 61 93 249 80.60 4

5. AB HAFIZ MOHD 105 92 97 294 80.00 1

6. MOHD SYAFIQ YUSAINI MD ZAIN 71 70 83 224 80.00 6

KUMPULAN 2

NO. NAME GAMES TOTAL +15.00% DIV.

POINT POSITION

1st 2nd 3rd

1. AZHARUL AZRI ROSLAN 96 73 88 257 77.30 2

2. AHMAD FADIL OTHMAN 35 82 80 197 70.00 3

3. MUGILEN 100 100 83 283 70.00 1

4. MOHD FAIZAL MOHD JUSOH 64 48 64 176 70.00 4

KUMPULAN 3

NO. NAME GAMES TOTAL +15.00% DIV.

POINT POSITION

1st 2nd 3rd

1. RAFIDAH 56 58 57 171 69.00 3

2. MOHD SHUKRI 54 64 55 173 67.70 2

3. NORAINI 60 43 31 134 67.00 4

4. AHMAD SAFWAN SHUKOR 86 51 46 183 65.10 1

KUMPULAN 4

NO. NAME GAMES TOTAL +15.00% DIV.

POINT POSITION

1st 2nd 3rd

1. AKRAM 46 69 33 148 63.90 3

2. JASMIN AZIZ 64 53 95 212 62.30 2

3. NURUL AZIAN JAYUS 72 77 89 238 60.00 1

4. AFSYAKIRIN ABDUL AZIZ 21 38 36 95 60.00 4

KUMPULAN 5

NO. NAME GAMES TOTAL +15.00% DIV.

POINT POSITION

1st 2nd 3rd

1. MOHD ZAHRY RUSKAMAL 54 66 95 215 57.00 1

2. MOHD NAIM SYAFIQ NASIR 70 46 56 172 55.00 4

3. NURUL ATIKA 69 56 53 178 54.80 2

4. MUHAMMAD SYAFIQ 72 39 64 175 53.70 3

5. TEO CHUN HONG 54 48 65 167 50.00 5

KUMPULAN 6

NO. NAME GAMES TOTAL +15.00% DIV.

POINT POSITION

1st 2nd 3rd

1. M DANIAL AZRAI ZULKIFLY 67 51 40 158 51.40 2

2. FIKRI AMRAN - - - - 50.00 -

3. INTAN FATEHA ZAWAWI - - - - 50.00 -

4. ZULKIFLI MOHD NOH 50 76 33 159 50.00 1

5. UNGKU MOHD DANIAL 11 23 10 44 50.00 3

KUMPULAN 7

NO. NAME GAMES TOTAL +15.00% DIV.

POINT POSITION

1st 2nd 3rd

1. AMINAH HASSAN 58 51 72 181 48.50 2

2. NARKESH NAIDU 30 60 55 195 47.20 1

3. SURESH 48 58 44 150 45.20 3

4. MOHD HELMI AFENDI 44 39 24 107 40.00 4

KUMPULAN 8

NO. NAME GAMES TOTAL +15.00% DIV.

POINT POSITION

1st 2nd 3rd

1. NURZILA AFIQAH 54 70 - 124 34.70 1

2. JULIYANA 24 43 - 67 34.60 3

3. SABARIAH 30 51 - 81 30.20 2

4. ANIS SYAHIRAH 37 17 - 54 30.00 4

5. LIEW HUI WEN 30 24 - 54 21.70 5

KUMPULAN 9

NO. NAME GAMES TOTAL +15.00% DIV.

POINT POSITION

1st 2nd 3rd

1. ROS AMEERA 21 18 - 39 14.50 2

2. LIEW CHIN KOK 24 6 - 30 18.50 3

3. LUKMAN HAKIM ZULKIFLI 10 3 - 13 4

4. MOHD WAFI ABDUL GHAFAR 0 0 0 0 5

5. HIDAYAT MANSOR 50 22 - 72 1

KUMPULAN 10

NO. NAME GAMES TOTAL +15.00% DIV.

POINT POSITION

1st 2nd 3rd

1. IBRAHIM YAACOB 50 48 - 98 1

2. HAFIZ ZULKIFLI 29 32 - 61 2

3. MOHD NAIM ZAINA SALEH - - - - -

4. NUR FARHANA JASMEE 10 3 - 13 3

5. RUZIHANI 10 3 - 13 4

Thursday, October 21, 2010

Kejohanan Bowling Special Olympics Antara PDK-PDK Daerah Gombak 2010

Kejohanan Bowling Special Olympics Antara PDK-PDK Daerah Gombak 2010 telah diadakan pada 20hb Oktober 2010 (Rabu) mulai jam 12:00 tengahari hingga 6:30 petang.

Seramai 49 orang atlit kurang upaya intelek (intellectually disabled) telah mengambil dari 8 buah PDK dalam Daerah Gombak dan dua PDK jemputan. PDK-PDK tersebut ialah:

PDK-PDK DAERAH GOMBAK:
1. PDK Selayang 10tlit.
2. PDK Rawang 9 atlit.
3. PDK Sri Kundang 5 atlit
4. PDK Gombak Setia 5 orang.
5. PDK Hulu Kelang 8 orang.
6. PDK Batu Arang 3 orang.
7. PDK Taman Seri Gombak 4 orang.
8. PDK Kasih Templer 1 atlit.

PDK Jemputan:
9. PDK Kuala Kubu Bharu 2 atlit; dan
10. PDK Sg Choh 2 atlit.

Seramai 12 Pegawai Teknikal dilantik dikalangan Penyelia/Petugas PDK yang telah mengikuti kursus kejurulatihan dan kepegawaian Special Olympics. 28 orang lagi Penyelia/Petugas PDK adalah Jawatankuasa/Jawatankuasa Kecil Kejohanan, sementara sebelas orang lagi yang tidak/belum pernah mengikuti kursus kepegawaian dan kejurulatihan Special Olympics dilantik sebagai pengiring atlit.

Sebanyak 2 kategori diadakan iaitu:

1. Kategori Pertandingan 36 atlit yang sudah berlatih/bermain bowling.
2. kategori Pengenalan; untuk pelatih PDK yang baru dan belum pernah bermain bowling.

Semua atlit kategori pertamdingan bermain dalam 3 permainan manakala atlit kategori pengenalan bermain sebanyak 2 permainan.

Sebanyak 8 Division Pertandingan diadakan manakala 2 Division dalam kategori pengenalan.

Atlit Muhammad Danial Azrai Zulkifly telah membaca ikrar atlit.

Kejohanan Dirasmikan oleh Encik Saimi Norbek, Pegawai Penyelaras PDK Daerah Gombak yang mewakili Encik Ishak Muhammad, PKMD Gombak yang tidak dapat datang kerana menghadiri perhimpunan di PLPP.

Wednesday, October 20, 2010

Persembahan Hasil Praktikal Pelajar Ijazah Pemulihan Pertuturan UKM

Seramai 7 orang pelajar semester 5 dan semester 6 jurusan Pemulihan Pertuturan dari UKM telah berjaya menamatkan kerja-kerja praktikal mereka di PDK Selayang.

Mereka telah berada di PDK Selayang sejak 3 bulan lepas dengan mereka hadir 3 hari/minggu. mereka telah dilatih dan dipantau oleh Encik Mohd Syahrulikram, Jurupulih Pertuturan PDK Selayang.

Pada hari terakhir kerja praktikal mereka telah mengadakan sesi pementangan hasil kerja praktikal selama dua hari iaitu pada Ahad 17hb Oktober dan Selasa 19hb dengan menjemput sama ibubapa/penjaga pelatih yang mereka gunakan sebagai model kkajian kes mereka.

Lawatan dari Pelatih Jururawat PPUM.

Seramai 16 orang pelatih jururawat PPUM telah melawat PDK Selayang pada 19hb Oktober 2010 (Selasa). Mereka telah diketuai oleh salah seorang tenaga pengajar mereka adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar-pelajar tersebut mengenai PDK. Mereka tiba pada jam 9:00 pagi dan berada di PDK sehingga jam 1:00 tengahari.

Mereka telah diberi taklimat oleh Encik Mohd Yusof Tawil selama hampir sejam dengan beberapa pertanyaan yang agak bernas dari mereka.

Selepas itu mereka telah melawat ke kelas-kelas yang diadakan pada hari tersebut seperti kelas Pemulihan Anggota, Kelas Pemulihan Pertuturan dan Kelas Pemulihan Carakerja serta Kelas EIP. Mereka juga meninjau Program Bengkel Terlindung PDK yang disertai oleh 9 orang pelatih remaja.

Kemudiannya selama hampir 2 jam mereka beramah mesra bersama-sama OKU dengan mengadakan permainan dalam kelas dan melukis.

Sebelum mereka beransur pulang, mereka telah menyumbangkan sedikit bahan makanan untuk kegunaan PDK.

Sunday, October 17, 2010

Jumlah Pungutan Derma Untuk PDK Temangan Menghampiri RM2K

Al-Hamdulillah.

Sejak dilancarkan pada 25hb September 2010, Pungutan Derma untuk PDK Temangan yang terbakar hangus pada 20hb September 2010 yang lalu telah menghampiri RM2 ribu.

Ramai yang memberi sumbangan walau tak sebesar mana, hingga ada antara ibubapa dan keluarga Pelatih OKU di PDK Selayang yang membawa list derma ketempat kerja masing-masing untuk menambahkan jumlah sumbangan yang mereka boleh dermakan sendiri.

Kami tengah mencongak-congak bilakah tarikh kami boleh menghantarkan sumbangan tersebut kepada Jawatankuasa PDK Temangan sekaligus boleh melawat bangunan sementara PDK mereka. Ada juga beberapa Bahan Bantu Mengajar yang hendak dihantarkan bersama.

Kalau ada sahabat blog yang ingin menambah sumbangan tersebut boleh hubungi PDK Selayang di talian +603-6137 3467.

Perbezaan Antara PDK di Malaysia dan PDK lain-lain Negara.

Umum semua tahu akan PDK walaupun tidak memahami apakah PDK (ini termasuklah Jawatankuasa, Penyelia dan Petugas PDK).

Ada dua perbezaan paling ketara:

PDK di Malaysia:

1. Kumpulan Sasar: OKU SAHAJA (kecuali PDK Selayang dan mungkin ada dua tiga PDK lain)

2. Mendapat bantuan dari Kerajaan (walaupun tak sepenuhnya-KALAU DAPAT BANTUAN PENUH KERAJAAN BUKAN LE PDK PULAK KENA TUKAR NAMA LAIN DARI PDK).

PDK di lain-lain Negara:

1. Kumpulan Sasar:
    a. Keluarga Miskin;
    b. Kanak-Kanak (anak yatim, kanak-kanak kurang bernasib baik) dari keluarga miskin;
    c. Wanita (ibu tunggal, ibu tinggal, ibu tanpa suami, wanita mengandung) dalam kemiskinan;
    d. Warga Emas; dan LAST SEKALI
    e. OKU (di sebahagian negara ada kumpulan sasar ke-enam)
    f. Mangsa Bencana (Perang, Gempa Bumi, Banjir dsb)

2. Kerajaan langsung tidak menyumbang kepada PDK-PDK ini, mereka bergerak seperti NGO lain yang tiada support dari kerajaan (bukan macam NGO Malaysia)

JADI, CUBALAH MEREKA YANG MENJALANKAN PDK FIKIR-FIKIRKAN;
BETAPA BERNASIB BAIKNYA PDK-PDK DI MALAYSIA;
MEREKA YANG DILANTIK MEMEGANG JAWATAN TU KENALAH BEKERJA UNTUK PDK;
BUKAN NAK GANTUNG NAMA DAN GAMBAR PADA DINDING PDK SAJA;.....

Chong Wei tak lupa bantu atlit susah (Malangnya kita cuma ada seorang Datuk Lee Chong Wei)

Datuk Lee Chong Wei, ikon sukan negara.
Warga PDK Selayang khasnya dan warga
Malaysia amnya berdo'a agar Datuk boleh
berbakti kepada negara sepanjang hayat.
Oleh Jumiaty Rosly jumiati@bharian.com.my 2010/10/17

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mungkin sudah bergelar pemain nombor satu dunia tetapi status itu tidak membuatkannya lupa diri sebaliknya tampil membantu be­­­­kas atlit yang pernah mengha­­rum­­kan nama negara.

Malah Chong Wei, yang digelar atlit contoh oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (YAKEB), Datuk Paduka Dr Mumtaz Jaafar, setakat hari ini sudah pun menyumbang lebih RM300,000 kepada yayasan itu. “Kita tidak boleh me­­lupakan bekas atlit dan apa yang boleh kita bantu, kita bantu. Mana tahu bila saya bersara nanti, ada orang akan tolong saya balik,” kata Chong Wei yang ditemui pada majlis sambutan pera­­yaan atlit 1 Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Sumbangan Chong Wei terhasil hasil usaha bersama syarikat swasta, Iris Corporation Berhad, penaja, yang mampu menaikkan lagi semangat dirinya melakukan yang terbaik dalam setiap kejohanan.

“Iris akan memberikan saya tambahan 50 peratus daripada wang kemenangan yang saya perolehi dalam setiap kejohanan disertai,” kata pemain nombor satu dunia itu.

“Contohnya jika saya menang RM80,000 pada satu pertandingan Iris akan memberikan saya RM40,000 lagi sebagai in­­sentif dan saya pula akan terus menyalurkan ke­­semua wang yang diperoleh kepada YAKEB,” kata Chong Wei pemenang pingat emas perseorangan lelaki di Sukan Komanwel, New Delhi, baru-baru ini.

Malangnya kita cuma ada seorang Datuk Lee Chong Wei. KITA PATUT ADA RAMAI LAGI.

Bijak pandai telah menyatakan:

"UNTUK BERJAYA KITA PERLU MENYOKONG/MENJAYAKAN ORANG LAIN DAHULU"

Budget 2011-Budget untuk OKU RM218 juta.

Warga OKU patut bersyukur kerana kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM218 juta untuk OKU.

Walaubagaimanapun kita tunggukan pengumuman yang akan dibuat oleh Mak Menteri nanti akan pecahan-pecahannya, berapa agaknya untuk PDK.

Kita harap ada penambahan dalam budget untuk PDK dibandingkan dengan lain-lain NGO. Sebab NGO (Rumah Kebajikan Sisten Residential) untuk makan saja mereka diberi RM8/hari, sedangkan PDK baru seringgit sehari. (Jangan kira RM150/bulan yang diberikan untuk pelatih PDK, sebab yang itu terus masuk poket diaorang, kalau ada nasib baik mereka bayarlah/sumbangkan ke akaun PDK sikit, kalau yang kedekut tu (mak bapak diaorang le) HARAM NAK NGULUR).

Kita kirakan jika sesebuah NGO tu ada 50 orang penghuni (RM8.00 X 50 = RM400.00 sehari X 365 hari setahun maka jumlahnya RM146,000.00) peruntukkan untuk makan sahaja.

Berbanding dengan PDK pula:
1. PDK akan dapat sewa sehingga RM3,000.00 sebulan, kebanyakkan PDK sewanya sekitar RM500.00 X 12 =RM6,000.00
2. Saguhati Penyelia RM1,200.00/bulan + KWSP, (RM1,200.00 + RM132.00 X 12=RM16,984.00/tahun
3. Saguhati Petugas PDK RM800.00/bulan + KWSP, biasanya ada 5 orang Petugas PDK (RM800.00 + RM88.00 X 5 orang X 12 bulan=RM127,772.00
4. Bantuan bil-bil utilities RM1,000.00/tahun dan =RM1,000.00
5. Bantuan untuk aktiviti-jumlahnya tak menentu adakala ada adakala TIADA.

6. Tiada peruntukkan untuk makan semasa kelas. KALAU ADA KAN LEBIH BAIK. dan PDK bolehlah menyediakan makanan yang lebih berkualiti dan lebih berkhasiat untuk pelatih-pelatih PDK semasa mereka datang mengikuti kelas atau aktiviti di PDK.

Kalau ada mungkin PDK akan dapat peruntukkan makanan seperti ini; RM4.00 X 50 orang=RM200.00 X dengan jumlah hari kelas lebih kurang 190 hari setahun = RM38,000.00/tahun.

# Jumlah hari kelas PDK lebih kurang 190 hari, berbeza ikut negeri (4 hari seminggu X 52 minggu =208 hari dan tolak dengan cuti am kebangsaan dan negeri serta cuti khas biasanya berjumlah antara 15-18 hari)

# RM4.00 ialah peruntukkan kepada NGO yang menjalankan aktiviti kelas harian samada setengah hari seperti sekolah atau sehari penuh untuk vokasional.
=================

Ini adalah rentetan dari pengalaman penulis:

(NGO walaupun mereka disediakan bantuan perkapita untuk makanan bagi penghuni/peserta mereka, ada antara mereka masih memburuk-burukkan kerajaan. kononnya kerajaan tak memberi/membantu apa-apa kepada mereka. Maka berduyun-duyunlah orang ramai menghantar bahan makanan kepada mereka sehingga ada anatar rumah kebajikan ini menerima jumlah bahan makanan lebih sepuluh kali ganda dari jumlah penghuni/peserta mereka, yang akhirnya bila tak habis diguna bahan makanan tersebut akan EXPIRED dan mereka akan MEMBUANGKANNYA. Oleh itu mereka yang menderma akan SIA-SIA SAHAJA)

PDK Selayang Hantar Pelatih OKU ke Sukaneka MBSA

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan sukaneka termasuk mengadaakan acara khas untuk OKU. Setiap daerah telah menghantar seramai 13 orang peserta. Bagi Daerah Gombak sebanyak 6 PDK telah menghantar peserta termasuk PDK Selayang yang menghantar seramai 3 pelatih OKU iaitu Ruzihani (6 tahun), Harisz (6 tahun) dan Nur Farhana (9 tahun).

10 orang dari mereka telah bermain dalam 4 acara sukaneka, dua orang dalam pertandingan lukisan dan seorang lagi dalam acara pakaian beragam.

Warga PDK mengucapkan tahniah di atas langkah MBSA yang tidak melupakan OKU dalam program mereka. Cuma sedikit terkilan apabila sukaneka tidak menetapkan had umur atau kategori, jadi dari sekecil kanak-kanak bertanding/bermain dalam sukaneka dengan sebesar-besar dewasa (tentulah dewasa yang menang). Pakaian (t.shirt yang diberi) juga semua saiz dewasa tiada saiz untuk kanak-kanak (akhirnya kanak-kanak terpaksa pakai t.shirt tersebut yang laksana JUBAH).

Mungkin sedikit homework MBSA perlu lakukan sebelum mengadakan sukaneka. Walaubagaimanapun warga PDK menanti bilakah sukaneka atau akriviti yang lain akan menyusul dari MBSA.

Friday, October 15, 2010

Sesi Pemulihan Carakerja di PDK Selayang

Puan Siti Nor Azila (tudung biru) sedang menjalankan latihan
kepada salah seorang pelatih PDK sambil dibantu oleh ibunya
(tudung coklat) dan seorang sukarelawan.
Sesi Pemulihan Carakerja dijalankan di PDK Selayang setiap hari dari jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Sesi ini dikonduk oleh Jurupulih PDK Selayang iaitu Puan Siti Nor Azila Saari.

Setiap hari 6 orang pelatih akan menjalani latihan secara individu (One-to-One) dan satu sesi berkumpulan dengan lain-lain pelatih. Setiap hari pelatih yang berbeza akan menjalani latihan secara individu. Purata seorang pelatih akan menjalani latihan bersama pakar sekali seminggu dan 3 kali berkumpulan dalam seminggu.

PDK Selayang meletakkan 2 orang Petugas PDK untuk membantu Jurupulih Carakerja disamping belajar cara-cara dan teknik-teknik yang dijalankan supaya mereka boleh menjalankan sesi ini semasa ketiadaan Jurupulih tersebut.

Sesi One-to-One memerlukan salah seorang ibu/bapa/penjaga hadir bersama-sama dengan anak OKU mereka. Ini supaya mereka juga boleh melakukan latihan yang sama dirumah supaya anak OKU mereka mendapat latihan dan pendedahan yang secukupnya demi kebaikkan mereka juga.

Sesi Pemulihan Pertuturan di PDK Selayang

Encik Syahrulikram sedang menerangkan kepada ibu salah
seorang pelatih PDK yang mengikuti latihan pertuturan.
Sesi Fisioterapi dijalankan di PDK Selayang sebanyak 3 hari semingggu pada setiap hari Isnin, Selasa dan samada hari Khamis atau Jumaat.

Program Pemulihan Pertuturan dijalankan oleh Jurupulih Pertuturan PDK Selayang iaitu Encik Syahrulikram Mohd Yasin. Sesi dijalankan mulai jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari dan 2:30-4:00 petang (optional).

Setiap hari seramai orang pelatih akan menerima latihan secara One-to-One dan satu sesi berkumpulan dengan pelatih yang lain.

PDK Selayang juga meletakkan dua orang Petugas PDK untuk membantu Jurupulih Pertuturan dalam menjalankan latihan disamping mempelajari teknik-teknik dan cara-cara latihan dijalankan.

Lawatan dari pelajar Fakulti Pergigian UKM Kuala Lumpur

Seramai 6 orang pelajar dan seorang pengajar dari Fakulti Pergigian UKM Kampus Raja Muda Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke PDK Selayang untuk meninjau program pergigian yang dijalankan di PDK ini pada (Khamis-14hb Oktober 2010).

Diketuai oleh pengajar mereka Puan Naza (baju ungu)

Mereka telah diberi taklimat oleh Encik Mohd Yusof Tawil. Mereka juga dapat menyaksi beberapa sesi proses terapi yang sedang dijalan di PDK iaitu sesi fisioterapi (PT) yang dijalankan oleh Puan Daw San San, sesi Pemulihan Carakerja (OT) yang dijalankan oleh Puan Azila Saari dan sesi Pemulihan Pertuturan yang dijalankan oleh Encik Syahrulikram Mohd Yasin.

Mereka juga dapat meninjau suasana kelas EIP yang hampir berakhir.

Damia Kifahah sudah boleh menendang bola,

Lagi perkembangan terbaru mengenai pelatih PDK, Damia Kifahah.

Dalam sesi latihan fisioterapi yang telah diadakan semalam (Khamis-14hb Oktober 2010), Damia telah boleh menggerakkan kedua-dua kakinya (terutama kaki kiri) untuk menendang bola, beberapa kali.

Untuk seorang OKU (Spinal Bufida) berumur 1 tahun lebih kemajuan ini amat memberangsangkan. Kami mengharapkan rakyat Malaysia mendo'akan Damia akan mendapat pemulihan yang lebih banyak.

Lawatan Kerja Praktikal dan Bakti Siswa Pelajar Institut Pengajian Guru Lembah Pantai

Seramai 8 orang pelajar dari Institut Pengajian Guru Kampus Bahasa Lembah Pantai telah berjaya menamatkan kerja praktikal dan Bakti Siswa mereka di PDK Selayang dari 3hb-9hb Oktober 2010.

Sepanjang mereka di PDK Selayang mereka telah berjaya:

1. Membantu perjalanan Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri 1431H PDK Selayang pada 3hb Oktober.
2. Mengecat semula tembok pagar dengan warna yang lebih menarik dan ceria, dengan kos mereka sendiri.
3. Mengecat pintu pagar besi dengan cat yang telah disediakan.
4. Menghias taman/laman PDK Selayang dengan bunga-bungaan dengan bunga-bunga yang disumbangkan oleh ibu saudara salah seorang dari mereka.

5. Mengadakan pertandingan bowling unified team antara atlit-atlit PDK, Petugas-Petugas PDK bersama-sama dengan mereka di Wangsa Bowl Selayang Mall.
6. Mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Penutup Program Kerja Praktikal dan Bakti Siswa dengan kehadiran dua orang pensyarah mereka.
7. Memberi sumbangan berupa bahan-bahan asas makanan untuk kegunaan PDK Selayang.
8. Mengikuti dan mengalami sendiri bagaimana Petugas-Petugas PDK menjalankan tugas semasa sesi Lawatan ke Rumah Pelatih-Pelatih PDK.

Menurut pensyarah mereka, ini merupakan kumpulan yang paling berjaya dalam kerja praktikal dan bakti siswa mereka dengan sumbangan kewangan yang mereka kumpul sendiri lebih dari RM1,300.00 bagi mereka menjalankan aktiviti-aktiviti dan program-program mereka sepanjang mereka berada di PDK Selayang.

Pengerusi, Jawatankuasa dan Warga PDK Selayang amat gembira dengan aktiviti-aktiviti dan program-program mereka dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada IPG khasnya, pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar mereka terutamanya kelapan-lapan mereka yang telah berjaya menunjukkan kualiti dan tanda aras yang amat tinggi dalam kerja praktikal dan bakti siswa.

Warga PDK Selayang juga berharap agar kerja sama antara PDK Selayang dan IPG ini akan berterusan yang amat memberi faedah kepada kedua-dua pehak terutamanya pelatih-pelatih PDK yang amat memerlukan seorang sahabat, rakan, sparing partner, guru, abang-abang dan kakak-kakak yang memberikan suatu kelainan dalam rutin harian mereka di PDK.

Friday, October 8, 2010

Fisioterapi di PDK Selayang: Damia Kifahah Mula Menapak

Setelah hampir 8 bulan mengikuti sessi fisioterapi di PDK Selayang di bawah program Fisioterapi yang dijalankan oleh Pakar Fisioterapi PDK Selayang Madam Daw San San, Damia Kifahah sudah mula menapak.

Damia dibawa oleh ibunya setiap hari oleh ibunya yang memainkan peranan penting dalam proses pemulihannya. Ibunya bersama-sama dengan Fisioterapis menjalan proses latihan fisioterapi hampir tiap-tiap hari 5 kali seminggu.

Thursday, October 7, 2010

Jemputan Rumah Terbuka Eidul Fitri Balai Polis Sentul

MAKPEM telah menjemput seramai 10 orang anak yatim dari Unit Anak Yatim Program Perkhidmatan Komuniti PDK Selayang untuk ke Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri Balai Polis Sentul yang akan diadakan di perkarangan balai polis tersebut pada harini 28 Syawal 1431H/7hb Oktober 2010 (Khamis).

Jemputan Rumah Terbuka Eidul Fitri Perkim.

Seramai 5 anak yatim dari Unit Anak Yatim Program Perkhidmatan Komuniti PDK Selayang telah dijemput untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri Perkim Kebangsaan yang akan diadakan di PWTC pada hari ini 28 Syawal 1431H/7hb Oktober 2010. Mereka akan dibawa dan diiring oleh seorang ibu tunggal dari Unit Ibu Tunggal Program Perkhidmatan Komuniti PDK Selayang.

Lawatan dari Bahagian Pendidikan Khas KPM Putrajaya.

Seramai 3 orang pegawai dari Unit Perancangan Bahagian Pendidkan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya telah melawat PDK Selayang dalam rangka kerja untuk penilaian semula beberapa program kerjasama antara BPK dan PDK.

Mereka diketuai oleh Puan Rosnani dan diiringi oleh Dr Noraini. (Puan Rosnani sedang bertanya sesuatu kepada salah seorang petugas PDK-baju gelap), (Dr Noraini sedang berbincang dengan salah seorang pegawainya-berkemeja merah)


 
Kerjasama yang dinilai semula tersebut ialah:

1. Program Guru Beredar: guru-guru pendidikan khas dari kelas-kelas/sekolah-sekolah khas berhampiran akan melawat dan menjalani latihan serta bertukar-tukar idea di PDK berhampiran atau dalam daerah yang sama.

2. Petugas PDK ke Kelas/Sekolah Khas: Petugas PDK akan dikhaskan/dihantar ke kelas/sekolah khas apabila ada pelatih PDK yang berjaya ditempatkan di kelas/sekolah khas tersebut. Ini bertujuan untuk membantu pelatih-pelatih PDK tersebut menyesuaikan diri dengan persekitaran baru yang berbeza dengan persekitaran PDK. Petugas ini hanya akan membantu pelatih PDK berkenaan sahaja dan tidak mengganggu atau mencampuri urusan kelas/sekolah khas berkenaan.



3. Proses kemasukkan pelatih PDK ke kelas/sekolah khas perlu dipermudahkan tanpa sebarang halangan samada dari pehak sekolah, kelas atau guru khas berkenaan.

4. Disamping itu mereka juga ingin meninjau perkembangan PDK One-Stop Center dan mencari bahan untuk cadangan kemungkinan mewujudkan konsep yang sama di kelas/sekolah khas.

Turut sama dalam perbincangan tersebut ialah Puan Noor Yasmin Abdul Karim, Presiden CBR Network Malaysia.

Mereka berharap kedua-dua perkara utama perbincangan di atas akan boleh murnikan atau dilaksanakan pada tahun 2011.

Beberapa perkara juga telah dibincangkan untuk penambahbaikan kerjasama antara BPK dan PDK.

Disamping PDK Selayang mereka juga telah meninjau 3 buah PDK lagi iaitu PDK Taman Seri Gombak, PDK Kuala Kubu Baru dan PDK Gedangsa.

Wednesday, October 6, 2010

Jemputan Eidul Fitri PDK Sri Kundang.

Penyelia dan Pentadbir PDK Selayang telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka PDK Kg Melayu Sri Kundang (PDK Sri Kundang). Majlis tersebut diadakan pada 23 Syawal 1431H/2hb Oktober 2010 (Sabtu) bermula dari jam 10:00 pagi hingga 2:00 petang.

Mereka disambut oleh Jawatankuasa PDK Sri Kundang dan Penyelia PDK tersebut walaupun tiba agak lewat (hampir jam 2:00) bersama-sama dengan Penyelia PDK Hulu Kelang.

Jemputan Eidul Fitri PDK Rawang.

Penyelia dan seramai 8 Petugas PDK Selayang telah ke PDK Rawang (PDK Kg Kenanga Rawang) yang telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri 1431H pada 23 Syawal 1431H/2hb Oktober 2010 (Sabtu).

Majlis tersebut bermula jam 10:00 pagi dan berakhir jam 1:00 tengahari.

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan ketua UMNO Selayang iaitu Dato' Ir. Md. Nasir Ibrahim.

Jemputan Eidul Fitri PDK Hulu Kelang.

Penyelia PDK Selayang iaitu Puan Noraini Othman dan suaminya telah mewakili PDK Selayang ke Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri PDK Hulu Kelang.

Majlis tersebut diadakan pada 22 Syawal 1431H/1hb Oktober 2010 (Jumaat) bermula jam 9:00 malam. majlis tersebut tamat pada jam 11:30 malam.

Penyelia serta Petugas PDK Hulu Kelang 'all out' dengan uniform kebaya warna coklat untuk meraikan tetamu dan hadirin.

Mereka juga dibantu oleh beberapa pelajar Masterskill yang juga menamatkan kerja praktikal mereka pada hari yang sama.

Syabbas!!!! PDK Hulu Kelang.

Jemputan Eidul Fitri PDK Kasih Templer.

Seramai 7 OKU dan 3 Petugas PDK telah mewakili PDK Selayang ke Majlis Rumah Terbuka PDK Kasih Templer yang diadakan pada 25 Syawal 1431H/4hb Oktober 2010 jam 8:00 malam bertempat di perkarangan PDK tersebut.

Jemputan Eidul Fitri Majlis Jaksa Pendamai Selangor.

Pada 26 Syawal 1431H/5hb Oktober 2010 (Selasa) Seramai 8 orang OKU, 2 ibu tunggal dan 2 ibu tinggal telah dijemput untuk menghadiri Rumah Terbuka Eidul Fitri Majlis Jaksa Pendamai Selangor yang telah diadakan di Sunway Convention Center.

Tetamu Kehormat ialah tak lain tak bukan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Baginda telah berkenan menyampaikan sendiri sumbangan raya kepada semua penerima yang mendapat antara RM200.00 dan RM300.00 setiap orang.

Jemputan Rumah Terbuka Eidul Fitri Spring Potato sdn Bhd.

Seramai 43 orang kanak-kanak dari PDK Selayang yang terdiri dari OKU, Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib baik beserta 7 orang pengiring telah memenuhi jemputan dari syarikat Spring Potato Sdn Bhd di Taman Seri Gombak. majlis tersebut diadakan pada 24 Syawal 1431H bermula seawal jam 6:00 petang.

Syarikat yang menjalankan aktiviti penjualan Makanan Ringan Berkhasiat dari Korea Selatan tersebut menjalankan perniagaan secara francais dan dipunyai 100% bumiputra.

Jemputan telah dijamu dengan pelbagai jenis makanan termasuk spring potato, kambing panggang gelek gerudi, nasi lemak ibu mertuaku dan pelbagai makanan lagi dan yang pasti amat enak.
Sebelum beransur pulang pada jam 9:50 malam, semua 43 kanak-kanak tersebut telah menerima duit raya yang disampaikan oleh pengarah Urusan Spring Potato Sdn Bhd.

Tuesday, October 5, 2010

Rumah Terbuka Eidul Fitri 1431H PDK Selayang.

Al-Hamdulillah.

PDK Selayang telah berjaya mengadakan Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri 1431H pada 24 Syawal 1431H bersamaan dengan 3hb Oktober 2010 (Ahad).

Majlis telah dirasmikan oleh Puan Eny Edayu Mat Ali, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan OKU JKMN Selangor yang mewakili Pengarah JKMN Selangor yang tidak dapat hadir.

Sementara itu Encik Wan Ismail Wan Hamat naib Pengerusi I PDK Selayang menyampaikan ucapan alu-aluan Penganjur yang mewakili Dato' Prof. Ir. Dr. Haji Azhari Md Salleh juga tidak dapat hadir kerana fakulti tempat beliau bertugas juga mengadakan majlis yang sama pada tarikh dan masa yang sama.

Seramai lebih dari 400 orang tetamu telah hadir mulai dari jam 9:00 pagi hingga jam 2:00 petang.

Puan Eny Edayu dan juga Encik Wan Ismail juga telah sempat bersama-sama menyampaikan duit raya kepada semua Pelatih OKU, anak-anak yatim, kanak-kanak kurang bernasib baik dan kanak-kanak lain yang turut hadir.