Waspada sindiket amah palsu
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Perantau Indonesia Kuala Lumpur (Perkapin) meminta rakyat Malaysia yang berhasrat mendapatkan khidmat pembantu rumah dari Indonesia supaya berwaspada dengan perangkap amah palsu.
Yang Dipertua Perkapin, Abdul Hadi Mat (gambar) berkata, amah palsu itu merupakan wanita dari Indonesia yang datang ke Malaysia sebagai pembantu rumah tetapi berkomplot dengan pihak tertentu di negara ini untuk mencuri barangan berharga milik majikan.
“Amah palsu ini biasanya berpakat dengan teman lelaki mereka yang merupakan pekerja Indonesia di Malaysia untuk mencuri barangan majikan.
Perbuatan terancang ini menjejaskan imej majoriti pembantu rumah dari Indonesia yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki halal.
“Oleh itu kami menasihatkan majikan supaya memeriksa terlebih dahulu latar belakang amah yang mahu diambil bekerja supaya tidak terperangkap dengan pakatan amah palsu ini,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
No comments:
Post a Comment