Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Monday, April 30, 2012

PDK Selayang : Lawatan dari peserta kursus MAKPEM



Seramai 35 orang peserta kursus dari MAKPEM telah datang melawat PDK Selayang dalam melengkapkan jadual kursus dan tugasan kursus mereka.


Rombongan mereka diketuai oleh Mr Vengadason yang merupakan penyelaras kursus MAKPEM.

Mr Venga sedang mememecahkan mereka dalam tiga kumpulan

Semasa di PDK Selayang, mereka dipecahkan kepada 3 kumpulan mengikut program pakar pemulihan yang ada di PDK Selayang, iaitu:
  1. Program Pemulihan Anggota; Puan Daw San San
  2. Program Pemulihan Pertuturan; Cik Siti Zaharah
  3. Program Pemulahn Carakerja; Puan Siti Nor Azila Saari
Mereka kemudiannya akan bertukar program setiap 40 minit sehingga habis semua program pakar tersebut.

Tuesday, April 24, 2012

CBR Network Malaysia : Kursus Asas KGB Zone Selatan

Kursus Asas KGB (Komunikasi Ganti Bantuan) telah diadakan pada 18-23hb April 2012, bertempat di Best Western Hotel, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Seramai 9 orang Jurulatih/Fasilitator telah didatangkan untuk menjalankan kursus tersebut yang diketuai oleh Puan Hajjah Noor Yasmin dan Encik Mohd Syahrulikram.

















Kursus ini memberi peluang kepada seramai 39 orang peserta yang terdiri dari 14 orang Penyelia PDK atau Petugas PDK dari Negeri Sembilan, 15 orang dari Johor dan 10 orang dari Negeri Melaka











































Sebanyak 19 modul telah diperkenalkan kepada para peserta yang keseluruhannya mengambil masa selama 6 hari 5 malam mereka berkampung di hotel tersebut

Bahagian yang tak sedap dipandang
Puaslah fasilitator bercakap dan mengajar didepan
mereka bertiga nih masuk youtube, langsung tak
beri perhatian pada kursus