Program : Iftar Ramadhan bersama Kelab Rekreasi dan Kebajikan Tabung Tentera.
Tarikh : 15 Ramadhan 21433H (4hb Ogos 2012-Sabtu)
Masa : 5:00 petang - 9:30 malam.
Tempat : PDK Selayang
Kumpulan Sasar: Pelatih OKU PDK dan Anak Yatim & Kurang Bernasib Baik.
|  | 
| Antara ahli kelab penganjur | 
Seramai 30 orang Pelatih OKU PDK Selayang dan 30 orang anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari program perkhidmatan komuniti PDK Selayang telah berpeluang untuk berbuka bersama-sama dengan ahli-ahli Kelab Rekreasi dan Kebajikan Tabung Angkatan Tentera Malaysia.
|  | 
| warming up perkusi | 
Program bermula seawal 5:00 petang dengan beberapa aktiviti permainan iaitu:
- Musical chair (kanak-kanak)
- Musical chair (remaja)
- Peti beracun dan
- Siapa lebih panjang.
|  | 
| Terima duit raya........."terima kasih, tahun depan nak lagiiiiiii!" | 
Seelok-elok tamat semua permainan, hujan turun dengan lebat dan disulami dengan sederhana lebat sehingga waktu berbuka puasa bermula.
 
|  | 
| Sabar menunggu waktu berbuka | 
|  | 
| Allahumma Bariklana................Amin, dibacakan oleh En Ridhuan | 
Walaubagaimanapun acara pemberian duit raya tetap diteruskan dan ini menggembirakan semua kanak-kanak yang hadir.
 
|  | 
| Bergambar sebelum berpisah, harap jumpa lagi | 
 
No comments:
Post a Comment