KUALA LUMPUR: Pasangan mualaf yang hidup dalam kedaifan bersama 16 anak mereka sudah menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak 2005 dengan nilai keseluruhan hampir mencecah RM60,000.
Penolong Pengurus Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor, Akhtar Sahari, sehingga kini bantuan terbabit masih diteruskan kerana keluarga itu tergolong dalam kumpulan asnaf miskin seperti mana mereka yang seangkatan dengannya.
“Antara bantuan yang diterima ialah sewa bulanan rumah sebanyak RM21,450 (sejak 2010), bantuan pendidikan anak-anak diberi secara tahunan berjumlah RM12,850 dalam bentuk pakaian, yuran persekolahan dan pengangkutan selain bantuan runcit (RM7,822).
“LZS tidak lupa memberi bantuan hari raya yang sudah dimasukkan sebelum Ramadan lalu sebanyak RM1,050 setiap tahun dan kita juga beri RM500 sebagai bantuan bulanan, malah ada juga untuk belanja makan.
“Untuk pengetahuan, Junatal Asah, 43, juga pernah menerima bantuan ekonomi berupa pendahuluan RM10,000 untuk sewa beli teksi limosin pada 2006,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam. Bagaimanapun, Akhtar berkata, beliau difahamkan Junatal menghadapi masalah mengendali perkhidmatan teksi limosin berkenaan dan kini kenderaan itu tersadai.
Jelasnya lagi, LZS tidak mengabaikan kumpulan asnaf yang layak menerima zakat dan atas sebab itu Junatal dan keluarganya masih diberi semua bantuan berkenaan hingga kini, malah tiada hasrat untuk disekat atau dikurangkan.
# Untuk pengetahuan LZS ada antara Petugas PDK di Negeri Selangor kategori Ibu Tunggal (kematian suami) dan Ibu Tinggal (bercerai atai ditinggal suami-digantung tidak bertali) yang hanya mengharapkan saguhati (elaun) dari JKM sebanyak RM704.00 (selepas ditolak KWSP 12%) yang hidup dhaif yang juga perlu diberi perhatian...........???
No comments:
Post a Comment