Hidup bergelandangan di kaki lima
|
SEBAIK menuruni tangga bas ekspres di Stesen Bas Pasay, Abdul Manan Abas terkejut dengan pemandangan di sekitar terminal itu. Deretan rumah setinggan berbentuk kotak dan dibina rapat-rapat umpama menjemput kedatangannya.
Sistem kebersihan kawasan tersebut juga boleh dipersoal. Timbunan sampah kelihatan di mana-mana manakala lopak-lopak air yang mengeluarkan bau tidak menyenangkan menjadi pemandangan biasa.
Pengangkutan di Metro Manila amat mudah dan murah dengan bayaran 8 Peso (RM0.57), pelancong boleh menaiki jeepney iaitu sejenis trak yang berfungsi seperti bas untuk ke mana-mana di Manila.
Metro Manila, dengan 14 juta penduduk |
Destinasi pertama lelaki yang berusia 25 tahun itu ialah Intramuros, kota zaman penjajah Sepanyol. Ia dianggap sebagai kawasan yang menjadi asas Metro Manila kini.
Sebagai sebuah tempat sejarah yang mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), gereja tertua Filipina San Agustin berusia lebih 400 tahun itu adalah buktinya.
Berkeluasan 0.67 kilometer persegi, Intramuros turut memuat banyak bangunan sejarah lain yang memiliki pengaruh barok (baroque) yang terdapat di gereja, universiti dan biara.
Tidur di kakilima |
Namun, Abdul Manan berasa sedikit terkilan kerana persekitaran kota berdinding itu agak kotor. Kanak-kanak gelandang menjadikan dinding kota yang tebal sebagai kawasan permainan malah di sesetengah kawasan terselindung, terdapat longgokan najis manusia.
"Intramuros masih lagi memiliki penempatan penduduk dan pelajar menjadikan kawasan tersebut terdedah kepada kekotoran hasil buangan manusia," ujar Manan yang melawat Filipina beberapa bulan lalu.
Tidak kira siapa atau umur |
Perkara yang mengejutkan lelaki itu tatkala dia menahan sebuah teksi di luar tembok Intramuros pada pukul 11 malam. Pemandu teksi tersebut memberitahu, kawasan Intramuros sama ada di luar atau dalam tembok merupakan kawasan berbahaya kepada pelancong pada waktu malam.
"Pelancong asing terutama orang Eropah diperas ugut dengan pistol atau pisau kerana kawasan tersebut sangat gelap," kata pemandu teksi memberi amaran kepada Abdul Manan.
JANGAN terkejut apabila kedatangan anda ke Manila disambut dengan peminta sedekah yang terdiri daripada kanak-kanak. |
Pemeriksaan ketat
Bagaimanapun, pemandu teksi itu menambah, barangkali Abdul Manan dan penulis mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding pelawat dari Eropah.
Itu disebabkan saiz badan kami yang agak kecil terutamanya penulis dengan ketinggian 170 sentimeter.
Asal boleh berlindung |
Keselamatan memang menjadi isu penting di Metro Manila. Setiap restoran dan kedai waima restoran makanan segera seperti McDonald's memiliki seorang pegawai keselamatan yang lengkap bersenjata pistol.
Stesen pengangkutan rel ringan (LRT) Manila mewajibkan semua orang menjalani pemeriksaan beg dan badan manakala di pusat beli-belah mega pula, memiliki alat pengesan metal bagi memeriksa badan pengunjung.
Kebakaran menambahkan lagi penduduk tanpa rumah |
Rumah-rumah di sekitar Manila memiliki pagar yang dibina daripada batu seakan-akan sebuah kubu bagi menghalang pencuri masuk.
"Prosedur keselamatan tersebut adalah untuk menunjukkan kepada pelanggan keselamatan mereka terjamin apabila berada di dalam premis kami," ajuk Abdul Manan ketika diberitahu oleh salah seorang pelayan restoran makanan segera tempatan, Jolibee, yang dikenali sebagai James.
Atas pembahagi jalan pun boleh, asal ada ruang |
Lawatan Abdul Manan ke kawasan hiburan terkenal, Malate memberi lebih kejutan kepadanya. Malate sebuah daerah lama yang terletak di Metro Manila. Akuinya, lokasi tersebut sememangnya dipenuhi dengan tempat-tempat untuk berhibur.
Kuantiti kelab-kelab malam, kasino, karaoke dan kompleks beli-belah cukup banyak malah ejen-ejen tukang urut dan kelab bogel sentiasa berada di kaki lima menawarkan perkhidmatan kepada para pelancong.
Pemandangan biasa, selepas 10 malam |
Namun, sebaik jarum jam menunjukkan angka 12 tengah malam, penduduk Filipina yang bekerja sebagai penjual dan pengayuh beca akan mula 'berumah' di tepi jalan.
Kaki-kaki lima dan laman depan premis menjadi tempat tidur mereka sekeluarga. Di tepi jalan itu juga menjadi tempat orang gelandangan memasak dan membersihkan diri.
Mangsa utama adalah kanak-kanak |
Pemandangan orang sedang kencing pada sebatang pokok bukan satu perkara luar biasa. Bau hancing juga perkara biasa di Manila.
Kanak-kanak kecil dibiarkan tidur beralas kertas kadbod dan berselimut plastik. Bagi mereka yang beruntung, pondok-pondok kecil umpama reban haiwan dibina di celah-celah bangunan untuk menjadi tempat melelap mata.
Kepayahan hidup
"Selain tempat hiburan, terdapat juga kawasan tarikan pelancong di Malate seperti gereja Malate dan dataran Rajah Suleyman.
Banjir, penambah derita, ratusan ribu terpaksa dipindahkan/kehilangan rumah |
"Tetapi kawasan tersebut menjadi penempatan orang gelandangan berumah dan anak-anak mereka bermain selain berniaga kecil-kecilan pula," ujar Abdul Manan lagi.
Kepayahan hidup mereka begitu jelas tatkala dia melihat seorang ibu muda yang kelihatan kurang bersih menyusu badan anaknya di tepi jalan tanpa menghiraukan orang lalu-lalang.
Imej ini di mana-mana |
Minuman yang dibawa oleh Abdul Manan turut diminta oleh mereka walaupun sudah separuh botol diminum.
Kehidupan miskin memaksa anak-anak muda Filipina mula bekerja seawal usia remaja. Penjaja di tepi jalan dan konduktor bas merupakan pekerjaan yang dikuasai mereka. Anak-anak kecil mengemis tanpa mempedulikan alam persekolahan.
Adakah senyuman pada wajah ini penentu masa hadapan Filipina? |
Lebih suku daripada populasi rakyat Filipina seramai 100 juta orang hidup di bawah garis kemiskinan. Keadaan di Manila umpama gambaran jelas situasi kemiskinan yang dihadapi rakyat negara tersebut walaupun ekonomi Filipina berkembang.
Kami berada di Manila selama tujuh hari dan enam malam bermula dengan lawatan di Manila City dan Makati. Kemudian, kembali semula ke Malate.
Memungut bahan kitar semula adalah pekerjaan utama sebahagian besar dari masyarakat gelandangan di Manila |
Agak mudah bercuti di Manila. Bandar sejarah itu juga mempunyai banyak hotel bajet terutamanya di kawasan Malate tetapi di Makati, agak susah mencari penginapan sedemikian kerana status bandar itu sebagai kota kewangan.
KAKI lima bandar Manila bertukar menjadi tempat tidur sebaik malam menjelma |
Negara bekas jajahan Sepanyol dan Amerika Syarikat itu perlu bertindak untuk mengurangkan ketidaksamaan yang teruk dan meluaskan manfaat pengembangan ekonomi kepada semua pihak.
Antara usaha yang dijalankan oleh pemerintah Filipina bagi memastikan anak-anak muda negara tersebut terus belajar ialah dengan memperkenalkan Skim Pemindahan Tunai Bersyarat yang dikenali sebagai Pantawid Pamilya (Sara Hidup Keluarga).
Skim tersebut memberi peluang kepada tiga juta isi rumah yang berpendapatan rendah untuk memastikan anak-anak mereka ke sekolah dan mendapat rawatan kesihatan.
Isu kemiskinan
Pantawid Pamilya yang dimulakan pada tahun 2007 merupakan sebuah skim perlindungan sosial terbesar di Filipina. Sebanyak AS$33 (RM100.35=1,400 peso) diberikan kepada ibu atas faktor golongan wanita lebih banyak membelanjakan wang untuk makanan, ubat dan barangan sekolah.
Ia menjadi bantuan segera kepada keluarga miskin selain memecah kitaran kemiskinan dengan cara mempertingkatkan kualiti kesihatan, pendidikan dan peluang.
Rumah kotak di tepi sungai, adalah pemandangan biasa |
Pengenalan sistem terbaharu itu mula diguna pakai di Brazil dan Mexico dan terbukti sangat efektif.
Pada mesyuarat tahunan Bank Pembangunan Asia (ADB) di Manila yang dihadiri oleh pegawai kerajaan, pemilik bank dan kumpulan masyarakat awam dari 67 negara telah menjadikan isu jurang kemiskinan sebagai tema perbincangan mereka.
Sumber air mereka adalah dari sungai ini!, husss!! tak hidup kita....!? |
Ketidaksamaan taraf hidup meningkat di 11 buah negara dengan jumlah peratusan sebanyak 82 peratus populasi Asia. Senarai negara termasuk China, India dan Indonesia yang juga merupakan negara dengan ekonomi yang pesat membangun.
"Berbanding wilayah-wilayah lain, jangka waktu pengembangan (ekonomi) tidak memasukkan dan tidak promiskin (golongan miskin)," kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan yang dikeluarkan.
Kanak-kanak gelandangan beratur untuk mendapatkan bantuan makanan |
Menurut Ketua Pengarah Urusan ADB, Rajat Nag, ketidaksamaan yang mengembang menjadi ancaman dan menjejaskan kestabilan wilayah Asia.
Kerajaan-kerajaan di Asia mempunyai sumber untuk pembangunan secara menyeluruh. Kata Nag pada pertengahan bulan April lalu, mereka sepatutnya mengambil kira perbelanjaan golongan miskin.
Itu sebabnya mereka lebih bahagia berhijrah ke Sabah, dari hidup di negara sendiri |
"Banyak negara selalu berasa mereka perlu berkembang dengan pantas. Prinsip peningkatan air pasang surut akan mengangkat semua bot dengan menganggap tiada bot yang berlubang," ujarnya.
Skim Pemindahan Tunai Bersyarat di Filipina dan Indonesia selain Bangladesh, Pakistan serta Kemboja dilihat sebagai cara terbaik dalam menyasarkan perbelanjaan negara.
Luangkan masa untuk melihat sendiri keadaan di Manila, dan bersyukurlah betapa beruntungnya kita di Malaysia; Alhamdulillah-Amin; Kalau tak sedar diri juga!..........!? |
"Dari peringkat awal, program tersebut direka sangat baik. Dari segi kecanggihan program bersepadu itu, kawalan ketat dalam sasaran kemiskinan pangkalan data dan potensi pada keselamatan sosial tiada bandingan dalam wilayah ini," kata wakil Bank Dunia untuk Pantawid Pamilya, Nazmul Chaudhury kepada Reuters.
Pantawid Pamilya juga berdepan cabaran besar seperti korupsi, individu-individu berkepentingan dan sistem pendidikan serta kesihatan yang teruk.
Biarpun begitu, ujar Chaudhury, skim tersebut telah menunjukkan impak kuat pada bidang pendidikan.
No comments:
Post a Comment