Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pusat Kanak-Kanak & Remaja Kurang Upaya) No. 7078, Jalan 12, Taman Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia Tel: +603-6127 0581, E-mail: pdkselayang@gmail.com;
Latar Belakang PDK Selayang
Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.
Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).
Kelas Harian EIP:
Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:
Pemulihan Anggota:
Pemulihan Pertuturan:
Pemulihan Carakerja:
Program Lawatan ke Rumah:
Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Pengurusan:
Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat side menu).
Wednesday, August 11, 2021
PDK Selayang akan dibantu-daftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan (APJ) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Thursday, December 24, 2020
Khamis, 24.12.2020....
Rezeki untuk warga PDK Selayang, terutamanya pelatih-pelatih PDK, menerima sumbangan 96 peket vegitarian food melalui miniHERO.
Ramai parents yang sudi datang untuk mengambil makanan, bagi yang tidak dapat datang kami kirimkan melalui parents yang tinggal di kejiranan yang sama...
Terimakasih miniHERO, you are our HERO.
Thursday, November 12, 2020
KESAN PANDEMIK COVID-19 KEPADA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SELAYANG/PDK SELAYANG
KESAN PANDEMIK COVID-19 KEPADA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SELAYANG/PDK SELAYANG:
Pandemik Covid-19, sepertimana yang diketahui oleh semua, telah memberikan kesan yang amat besar dan mendalam kepada Pusat PDK Selayang. Bermula dari 18 Mac 2020 apabila kerajaan mengenakan PKP, kemudian PKPD, selepas itu PKPP dan sekarang PKPB, PDK seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi, melainkan PDK yang berada dalam kawasan hijau, pelatih tidak dibenarkan hadir ke PDK secara fizikal.
Proses Pemulihan, Pembelajaran dan Latihan:
Program Pemulihan yang melibatkan sentuhan langsung tidak boleh dijalankan di atas arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan JabatanKebajikan Masyarakat Malaysia.
Manakala Program Pembelajaran dan Latihan, Petugas PDK diarahkan untuk membuat pembelajaran secara online atau secara homework atau kedua-duanya sekali, bagi meneruskan proses pemulihan, pembelajaran dan latihan.
Kewangan:
Tanpa kehadiran pelatih ke PDK dan tanpa ada program berbentuk pemulihan boleh dijalankan, tiada sumbangan kewangan diterima dari ibubapa dan keluarga sejak Mac 2020, ini menyebabkan sumber kewangan amat terhad dan bertambah susut.
Walaupun dengan adanya Bantuan Kewangan dari kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, akan tetapi ianya tidak cukup untuk membayar liabiliti Pertubuhan PDK Selayang, seperti sewa, bil-bil utiliti, elaun tambahan kepada Petugas-Petugas dan saguhati peserta projek EEP (Economic Empowerment Program).
Liabiliti Pertubuhan PDK Selayang adalah seperti di bawah:
RM30,000.00 tambahan untuk sewa premis untuk 1 tahun.
RM 6,000.00 tambahan bil-bil utiliti untuk 1 tahun.
RM66,000.00 tambahan saguhati Petugas-Petugas untuk 1 tahun.
RM10,800.00 saguhati peserta projek EEP.
Bagi lain-lain perbelanjaan yang perlu adalah seperti di bawah:
RM36,000.00 anggaran kos program-program dan aktiviti-aktiviti untuk 1 tahun.
RM1,800.00 Takaful bagi Petugas-Petugas dan Peserta-Peserta Projek EEP..
RM3,600.00 Suntikan Pelalian Tyfoid bagi Petugas-Petugas, Peserta-Peserta Projek EEP dan semua Pelatih Remaja.
RM18,000.00 anggaran kos penyediaan makanan dan minuman bagi pelatih-pelatih untuk 1 tahun.
Keperluan Kewangan:
Pertubuhan memerlukan anggaran RM170,000.00 setahun, sebagai tambahan dari Bantuan Kewangan oleh kerajaan sebanyak hampir RM360,000.00
Oleh yang demikian Jawatankuasa Pertubuhan PDK Selayang menjemput YM/Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Haji/Hajjah/Tuan/Puan untuk membuat sumbangan kewangan kepada Pertubuhan PDK Selayang untuk membantu Pertubuhan meneruskan program-program dan aktiviti-aktiviti pada masa-masa yang amat sukar ini.
YM/Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Haji/Hajjah/Tuan/Puan boleh membuat sumbangan kewangan ke akaun Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (PDK Selayang) di Agro Bank, No. Akaun 1002391000016695.
Kepada Umat Islam yang ingin membayar Zakat Pendapatan atau Zakat Perniagaan, zakat tersebut boleh juga disalurkan kepada PDK Selayang, semoga zakat dan sumbangan YM/Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Haji/Hajjah/Tuan/Puan diberkati dan diterima oleh Allah SWT.
Wednesday, July 12, 2017
Thursday, May 18, 2017
Latihan Perkusi PDK-PDK Daerah Gombak
Masa: 9:00am - 12:00pm
Tempat: PDK Selayang
PDK mengambil bahagian:
PDK Selayang
PDK Rawang
PDK Hulu Kelang
PDK KAMII Gombak Setia
Monday, January 23, 2017
PDK Selayang Hub Pengumpulan Sumbangan Bencana dan Banjir
Kepada Dermawan yang bermnat dan berhajat untuk membuat sumbangan, mereka boleh terus menghantar sumbangan mereke ke PDK Selayang yang beralamat di:
PDK SELAYANG.
NO. 7078, JALAN 12,
TAMAN SELAYANG BARU,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR D.E.
No. Tel: +603-61373467
Email: pdkselayang@gmail.com
Contact Person:
Mohd Yusof Tawil : +6017-8858308.
Noraini Othman : +60196688308
Sementara untuk menghantar sumbangan ke hub di Seksyen 24 Shah Alam, sila hubungi
Farra : +6017-6963290
Barang-barang sumbangan tersebut akan dihantar pada 01 Februari 2017 nanti, selepas banjir dijangka surut atau pulih.
Pada masa ini kawasan yang dilanda bencana banjir masih lagi dalam kategori "Merah" hanya pasukan penyelamat, pehak berkuasa dan JPAM sahaja yang boleh memasuki kawasan tersebut.
Tumpuan pengagihan bantuan oleh SEJIWA ialah di kawasan Kuala Berang. SEJIWA dalam proses menjadikan PDK Kuala Berang dijadikan sebagai hub pengagihan nanti.