Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, September 4, 2010

Peniaga Bazaar Ramadhan Pengotor dan Menjijikkan

Rezeki bazar Ramadan, peniaga ceria pulangan lumayan (dari Sinar Harian)


Ramadan semakin menghampiri penghujungnya. Walaupun, bahang kemeriahan Syawal mula mengambil tempat, keriuhan di bazar-bazar Ramadan masih segar. Sambutan pembeli masih tidak kurang meskipun berhadapan dengan kesibukan persiapan hari raya.

Seperti tahun-tahun sudah, bazar Ramadan tetap menjadi tumpuan orang ramai membeli juadah berbuka puasa. Kenaikan harga makanan seperti kuih-muih yang dahulunya boleh dibeli pada harga RM1 untuk tiga biji tetapi kini RM2 untuk lima biji dan sekeping murtabak RM2.50 tetapi kini sekeping RM3 ternyata tidak memberi impak besar kepada pengguna.

Tinjauan yang dilakukan mendapati, fenomena ini berlaku kerana masyarakat kini mahukan segala-galanya cepat dan mudah, tambahan pula wanita yang bekerja lebih ramai daripada menjadi suri rumah. Berhadapan dengan kekangan waktu kerja sekali gus perlu menguruskan juadah berbuka untuk keluarga menjadikan bazar Ramadan pilihan tepat mendapatkan makanan.

Memang mereka untung, dengan pulangan lumayan. Saya ambil contoh Bazaar Ramadhan Selayang Baru, bila mereka selesai berniaga (biasanya mereka berniaga bernula jam 3:00 petang hingga 8:00 malam=5jam), sampah sarap yang ditinggalkan memerlukan tenaga 5 pekerja pembersihan alam flora bekerja menyapu, mengumpul dan membersihkan kawasan tersebut sehingga jam 11:00 malam.

Jadi Sikap Pengotor Peniaga Bazaar Ramadhan tersebut MENJIJIKKAN

Kalau anda tak percaya, anda lawatlah tapak Bazaar Ramadhan di tempat anda, rata-rata semuanya sama. Jangan sampai Allah turunkan angin ribut seperti di Jasin dan Kuantan.

Rezeki Iftar Ramadhan OKU, Anak Yatim dan Anak Kurang Bernasib Baik PDK Selayang Berterusan.

Al-hamdulillah! Nampaknya Rezeki Iftar Ramadhan OKU, Anak Yatim dan Anak Kurang Bernasib Baik PDK Selayang Berterusan. Pada 27 Ramadhan dapat lagi 2 program Iftar Ramadhan:

1. Berbuka puasa bersama Menteri KPWKM bertempat di Bangunan KPWKM, Jalan Dato' Onn, seramai 20 Pelatih OKU PDK Selayang telah terpilih untuk menyertai program tersebut, mereka akan menerima sumbangan dari Menteri sendiri. Al-hamdulillah.

2. Restoran Barakath, Bandar Baru Selayang menjemput seramai 50 orang OKU, Anak Yatim dan Anak Kurang Bernasib Baik PDK Selayang untuk berbuka puasa di restoran tersebut. Program akan dimulakan dengan bacaan Yaasin dan diikuti oleh Do'a Selamat. Al-Hamdullilah.

Tol Percuma untuk Pengguna MTD

Syabas! kepada Syarikat konsesi lebuh raya, Kumpulan MTD memberi laluan tol percuma kepada pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Satu, manakala 24 syarikat lagi memberikan diskaun antara 10 hingga 40 peratus kepada pengguna sempena Aidilfitri. Siapa yang mahu menikmati faedah itu kenalah periksa tarikh yang ditetapkan.

Kepada pengguna lebuhraya tersebut jangan lupa membalasnya pula dengan apa salahnya menyediakan seringgit dua dalam envelop raya untuk petugas-petugas tol tersebut. kerana mereka juga hendak beraya sama tetapi apakan daya kerana tugas Eidul-Fitri cuma disambut dalam hati.

Kalau diberi dengan ikhlas ianya bukanlah rasuah.

Tidak Perlu Membazir Sambut Eidul-Fitri

Oleh Mohd Ali Muhamad Don, Berta Harian 2010/09/04

Tidak Perlu Membazir Sambut Eidul-Fitri


JIKA diikutkan hati, segala-galanya mesti baru lebih-lebih lagi menjelang Syawal ini. Daripada pakaian berjenama, perabot rumah, langsir dan tidak kurang juga berangan-angan menukar kereta.

Situasi itu menggambarkan betapa nafsu dan keinginan manusia tidak pernah puas lalu ada saja yang diinginkan. Malah, kehendak tidak terbatas seperti ini jika tidak dikawal boleh menyebabkan seseorang dibelenggu beban hutang. Oleh itu, amalan mulia berhemah ketika berbelanja diseru oleh Islam. Pada masa sama, orang yang membazir bersahabat dengan syaitan sehingga dia jauh daripada rahmat serta petunjuk Allah. Umat Islam dinasihat supaya tidak mengikut desakan nafsu membeli apa saja tanpa menilai kemampuan kewangan kerana kelak diri sendiri akan binasa.

Allah berfirman bermaksud: Sesungguhnya orang yang membazir adalah sahabat syaitan. Dan sesungguhnya syaitan kufur kepada Tuhannya, (Surah al-Isra: 27).

Menurut Al-Syeikh Muhammad Ali Al-Sabuniy dalam kitab Safwatutafasir, orang yang membazir diumpamakan seperti teman syaitan kerana terbabit melakukan kerosakan dengan berbelanja pada jalan salah dan perkara maksiat.

Sila sambung baca dalam Berita Harian.

Makanan Asas Puasa-Minum 9 gelas air bagi tempoh berbuka hingga sahur elak letih

Minum 9 gelas air bagi tempoh berbuka hingga sahur elak letih


BERAPA gelas air yang anda ambil antara waktu berbuka hingga sahur semalam? Jika dua gelas saja, ia sebenarnya tidak mencukupi untuk keperluan tubuh anda walaupun mungkin tidak berasa dahaga. Air adalah antara komponen kimia utama tubuh dan membentuk 60 peratus berat badan. Setiap sistem tubuh anda bergantung kepada air. Misalnya, organ utama memerlukan air untuk menyingkirkan toksin selain air membawa nutrisi ke sel-sel badan. Ia juga membekalkan persekitaran lembab kepada telinga, hidung dan tisu di tekak. Sumber penting ini juga melicinkan sendi dan bertindak sebagai penyerap kejutan di dalam mata dan tulang belakang. Kekurangan air akan menyebabkan tubuh tidak boleh berfungsi seperti biasa - keadaan yang disebut dehidrasi.

Malah jika anda berhadapan dengan maslah kurang air atau dehidrasi tahap sederhana pun ia akan menyebabkan anda lemah dan kurang bertenaga.

Dehidrasi sebenarnya masalah umum ketika berpuasa. Ini kerana tubuh kehilangan air dan garam secara berterusan apabila bernafas, berpeluh dan membuang air kecil. Bagaimanapun jumlah air yang hilang bergantung juga kepada cuaca, berapa banyak air yang anda ambil sebelum berpuasa selain tahap aktiviti fizikal anda dan keupayaan ginjal anda mengekalkan air dan garam.

Justeru, pengambilan air antara waktu berbuka dan bersahur seharusnya tidak dipandang ringan. Kurang mengambil air meningkatkan risiko dehidrasi.

Dua pertiga daripada tubuh adalah air. Apabila seseorang itu berhadapan dengan dehidrasi, ia bermakna tahap air dalam tubuhnya menurun daripada keperluan tubuh yang biasa. Bagaimanapun, jumlah penurunan yang sedikit tidak akan menyebabkan masalah. Malah dalam kebanyakan kes, ia akan berlalu begitu saja tanpa disedari. Namun, jika jumlah air yang hilang terlalu banyak, ia akan menyebabkan anda berasa tidak selesa.

Kerap kalinya, jika anda muntah, cirit birit, mengambil ubat-ubatan yang meningkatkan kekerapan anda membuang air (diuretik) dan kerap berpeluh akan membawa kepada masalah dehidrasi.

Masalah Dehidrasi ditandai dengan rasa tidak sihat, lemah, kejang, pening malah ada yang rebah dan pengsan.

Selain warga tua dan pesakit diabetes, mereka yang berisiko berhadapan dengan masalah dehidrasi adalah mereka yang berhadapan dengan penyakit kelenjar. Dehidrasi juga biasa ditemui di kalangan kanak-kanak, terutama mereka yang baru belajar berpuasa. Justeru, memastikan anak anda mendapatkan jumlah air yang mencukupi sangat penting.

Bagaimanapun, elakkan pengambilan minuman kafein. Ini disebabkan minuman jenis ini bersifat diuretik. Tidak dapat dipastikan sama ada kafein menyebabkan dehidrasi namun, dalam keadaan cuaca panas dan anda berpuasa, seharusnya minuman kafein dielakkan.

Jadi, berapa sebenarnya keperluan air anda? Umumnya anda disarankan mengambil antara lapan hingga sembilan gelas. Bagaimanapun, ini panduan ringkas untuk anda;

Umumnya kadar air kencing dewasa adalah sekitar 1.5 liter (kira-kira 6.3 cawan) sehari. Umumnya anda akan hilang empat cawan air kerana bernafas, berpeluh dan pergerakan sistem pencernaan. Makanan pula selalunya membentuk 20 peratus daripada jumlah pengambilan cecair anda. Justeru jika anda mengambil dua liter air selain amalan diet normal anda, pengambilan air anda lebih bersifat ‘mengantikan’ jumlah air yang hilang dari tubuh.

•Lapan gelas air sehari. Lapan gelas air bermakna 1.9 liter. Walaupun tidak ada bukti saintifik menguji keberkesanannya, tetapi pengambilan air lapan gelas sehari sudah menjadi sebahagian daripada panduan pengambilan air yang sihat.

•Ada juga pendapat yang mengatakan lelaki harus mengambil air sekitar 13 cawan (tiga liter) daripada keseluruhan pengambilan air dan makanan manakala wanita pula sembilan cawan (2.2 liter) sehari.

Apapun pendekatan anda, apa yang penting pastikan anda mengambil jumlah air yang mencukupi. Jangan menunggu hingga timbul simptom dehidrasi untuk mengambil air yang cukup sebaliknya anda boleh memastikannya dengan memerhatikan warna urin anda. Jika ia terlalu kekuningan, maknanya jumlah air yang anda ambil tidak mencukupi dan harus berjumpa doktor bagi maklumat lanjut.

ALZA yang membawa anak yatim untuk Iftar Ramadhan di Perodua Sales Sdn Bhd.

Inilah ALZA yang membawa anak yatim untuk Iftar Ramadhan di Perodua Sales Sdn Bhd.
Nur Hasanah Sudirman dan Nur Amalina Syafie menaikki
Alza tersebut untuk balik ke Selayang

Myvy yang sedang dipamerkan di bilik pameran
Perodua Sales Sdn Bhd

HENTI GUNA MINYAK SAPI QBB YANG TIDAK HALAL

Henti guna minyak sapi QBB


MOHD. MUSTAFFA menunjukkan logo halal yang masih
digunakan pada tin minyak sapi QBB Pure Ghee di Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR - Masyarakat Islam dinasihatkan menghentikan penggunaan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee (gambar) keluaran syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. ekoran penarikan balik status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos lalu.

Nasihat itu dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas pemantauan Jakim mendapati produk tersebut mengandungi elemen-elemen yang meragukan dari segi status halalnya.

Menurut Pegawai Kerja PPIM, Mohd. Mustaffa Hamzah, penarikan balik produk itu di pasaran perlu dilakukan serta-merta bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna.

"PPIM juga menyeru agar syarikat terbabit menarik semula produk tersebut yang berada di pasaran manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jakim pula mesti memantau produk itu dari semasa ke semasa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. ATAU blog eelobor