GEMBIRA...Mat Rani selamat meskipun rumahnya di Kampung Pak Sabah runtuh, semalam |
. DUNGUN: “Tak apa, Allah selamat,” itulah ungkapan pertama diluah seorang lelaki warga emas, Mat Rani Mahamud, 62, sebaik merangkak keluar dari runtuhan rumahnya di Kampung Pak Sabah, di sini, semalam.
Dia yang mengalami masalah mental mengulangi ungkapan itu apabila ditanya penduduk kampung selepas tempat tinggalnya itu runtuh dalam kejadian angin kencang kira-kira jam 10 pagi.
Ketika kejadian, mangsa yang bekerja mengutip barang terbuang sedang menyusun kotak dipungut dalam rumah sebelum bencana berlaku.
Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami luka di belakang badan dipercayai terkena kayu dan atap selepas terperangkap kira-kira 15 minit di bawah runtuhan itu.
Pemilik rumah berkenaan, Ismail Awang, 65, berkata rumah pusaka miliknya itu sudah berusia lebih 30 tahun dan dia membenarkan mangsa tinggal di situ sejak belasan tahun lalu.
Katanya, dia yang tinggal tidak jauh dari rumah itu mulanya bercadang merobohkan rumah itu, namun tidak berbuat demikian kerana kasihan kepada mangsa tiada rumah dan saudara-mara.
p/s: Nasib baik selama ini ada penduduk yang prihatin untuk memberikan beliau tempat tinggal, walaupun tak sempurna. Diharap penempatannya di bawah jagaan JKM akan menambah baik kualiti hidup dan kesihatannya. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment