Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Sunday, January 23, 2011

PDK Selayang: Outreach ke PDK Putra Perdana Puchong-Penilaian

Seramai 7 orang pelatih PDK Putra Perdana telah dibuat penilaian dari aspek Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja.

Penilaian Pemulihan Pertuturan dilakukan oleh Jurupulih Pertuturan dari PDK Selayang iaitu Encik Mohd Syahrulikram Mohd Yasin.

Sementara Penilaian Pemulihan carakerja dilakukan oleh Jurupulih Carakerja PDK Selayang iaitu Puan Siti Nor Azila Saari.

Ibubapa dan Pelatih OKU yang hadir
Ibubapa dan Pelatih OKU yang hadir
Puan Siti Nor Azila sedang memberi penerangan
Puan Noraini Othman sedang berbincang dengan Jawatankuasa
PDK Putra Perdana
Puan Noraini dan Puan Siti Nor Azila sedang memberi
khidmat nasihat
Puan Noraini Othman sedang menunjukkan cara-cara latihan
yang perlu dilakukan untuk anak OKU kepada seorang bapa pelatih PDK

Puan Siti Nor Azila sedang menjalankan penilaian kepada seorang
Pelatih PDK

Puan Noraini Othman sedang menjalankan latihan dengan
menggunakan bola terapi
Dewan Orangramai Villa Juvena
Puan Siti Nor Azila sedang menunjukkan cara-cara latihan
untuk pelatih PDK
Encik Mohd Syahrulikram sedang menunjukkan teknik-teknik
latihan 'Oromotor'
Villa Juvena sahaja mempunyai 900 buah rumah dari 22 blok pangsapuri 5 tingkat, sementara kawasan Taman Putra Perdana mempunyai lebih dari 8,000 buah rumah dengan jumlah penduduk dianggarkan lebih kurang 40,000.

Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Putra Perdana mempunyai Program Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) dengan tiga buah kelas dan 6 orang Guru Pendidikan Khas terletak bersebelahan dengan Villa Juvena.

No comments: