29.12.2010-Pelatih Beh Hong Wei sedang memotong bawang bawang |
Setiap hari, seramai 2 orang Pelatih Remaja PDK Selayang dalam program Latihan Pemulihan Vokasional (LPV) akan dipilih untuk menjalani latihan memasak.
Latihan untuk mereka akan bermula dari jam 10:30 pagi sehingga 1:00 tengahari, bergantung kepada cepat atau lambat proses memasak yang mereka ambil. Sebelum memasak mereka harus mengetahui berapa ramaikah yang akan makan tengahari bersama-sama mereka nanti. Biasanya mereka dilatih untuk mengira dan/bertanya bertanya kepada setiap Pelatih dan Petugas PDK yang ada untuk diambil kira supaya mereka tidak memasak berlebihan dan membazir.
Seorang Jurulatih Vokasional (Petugas PDK) akan melatih mereka dan hanya akan membantu bahagian yang mereka tidak tahu mengikut kebolehan seseorang pelatih tersebut.
Selepas siap memasak, dua orang Pelatih Remaja lagi akan dipilih untuk menghidang dan seterusnya sehingga siap mencuci pingan mangkuk yang digunakan.
Latihan memasak ini adalah latihan vokasional yang diadakan setiap hari, kecuali jika ada penderma yang mendermakan makanan siap, tetapi mereka masih perlu juga untuk membantu menghidang dan membersihkan pinggan-mangkuk dan meja makan.
29.12.2010-Pelatih Mohd Ariff Ali sedang menyiang pucuk paku. |
No comments:
Post a Comment