Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, January 1, 2011

majlis Perjumpaan Pengarah JKMN Selangor dan Pengerusi2 PDK

Pengarah JKMN Selangor sedang menyampaikan taklimat.
Pada 30hb Disember 2010 (Khamis) satu majlis perjumpaan antara Pengarah JKMN Selangor dengan Pengerusi-pengerusi PDK dalam Negeri Selangor bertempat di Dewan Impian 1, hotel UiTM Shah Alam.

Majlis yang bermula jam 9:30 pagi tersebut berakhir pada jam 1:00 tengahari.

Pengarah JKMN Selangor iaitu Tuan Haji Adnan Abu Bakar telah menyampaikan taklimat dan penerangan mengenai PDK, rancangan dan aktiviti-aktiviti yang akan dibuat sepanjang tahun 2011 nanti, selama lebih kurang 90 minit.

Turut hadir ialah Puan Eny Edayu Mat Ali, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan OKU (BPOKU) dan Puan Nur Adila Fakhrudin Pegawai Penyelaras PDK Negeri Selangor.












Semua Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dan  Pegawai Penyelaras PDK Daerah juga dijemput hadir untuk mendengar taklimat, rancangan dan aktiviti yang bakal diadakan sepanjang 2011 nanti.

Kemudian diikuti dengan sesi soal jawab selama 60 minit, yang memberi peluang kepada seramai 5 orang Pengerusi untuk bertanya mengenai kemusykilan masing-masing. Dua orang Pengerusi bertanyakan sebanyak 5 soalan dan masing-masing seorang 4 soalan, 3 soalan dan satu soalan.

2 comments:

eelobor said...

elok di masukkan sekali soalan beserta jawapn tu kat sini bro. yg tak di jemput hadir (sebab tak berkenaan) boleh la juga tahu

Mohd Yusof Tawil said...

Tengah susun

Coming soon