Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, January 15, 2011

Kunta Kinte: Usah emosional fakta sejarah, 2011/01/14



NEGARA kita ni tak pernah sunyi daripada perselisihan. Apa lagilah dalam bidang politik. Dalam politik, berbeza pendapat dan berbahas adalah asas kejayaan.

Kalau tak berbeza pendapat dan tak pandai bahas, macam mana orang ramai nak bezakan dan nak pilih antara sebuah parti dengan parti yang lain.

Kerana kita dari awal lagi negara berbilang bangsa dan agama, maka hal-hal yang bersangkut paut dengan bangsa dan agama sangat penting dijaga dan dipertahankan. Alhamdulillah, kita boleh kata berjaya. Kalau pun berlaku perselisihan kaum, ia tidaklah besar atau berpanjangan. Peristiwa 13 Mei 1969 itu pun kecil kalau kita banding dengan tumpah darah etnik dan agama yang berlaku di Afrika, Balkan dan India.


Ini bukan apa, tapi pasal kita saling hormat antara satu sama lain dan kita ada undang-undang yang cegah orang buat benda-benda atau kata hal-hal yang tak baik dan tak patut mengenai mana-mana bangsa dan agama.
Yang Nih Edisi Murid Tingkatan 5

Tapi janganlah pula kita guna alasan sensitif ini sampai benda-benda asas, benda-benda yang bersangkut paut dengan sejarah dan benda-benda dah kita terima pun kita tak boleh sebut dan tak boleh bincang.

Di mana pun dalam dunia bila orang dari banyak bangsa dan agama bergaul, tentu ada perkara-perkara yang tidak baik atau kurang positif timbul. Masa Kunta Kinte mula pergi ke Amerika Syarikat pada awal 1980-an, istilah Negro yang bererti hitam dalam bahasa Sepanyol masih luas digunakan. Orang kulit hitam pun tak kisah sangat.

Malah, dalam perbualan harian, orang Negro panggil satu sama lain ‘Nigger’. Tapi kalau orang putih yang panggil orang Negro ‘Nigger’ dia mungkin kena belasah.

Masa Kunta Kinte muda-muda dulu, bila balik kampung dan jumpa kawan-kawan lama, dari jauh lagi mereka teriak: “Ooi anak haram jadah, bila hang balik?” Itulah bahasa basahan yang kita guna di kalangan kawan-kawan akrab pada masa itu.

Sekarang dah tak guna lagi sebab ramai dah mati manakala yang masih hidup, Alhamdulillah, dan jadi haji dan tok wan.

Tapi ada benda yang bunyi tak sedap atau tak positif yang dah jadi bahan sejarah. Macamlah di Amerika Syarikat. Istilah Negro, Nigger, Black dan sebagainya adalah fakta sejarah.

Dalam pertuturan dan dalam penulisan, istilah-istilah ini wujud dan pernah digunakan. Walaupun hari ini tak dipakai lagi secara rasmi kerana dah diganti dengan istilah ‘African American,’ tapi kalau seseorang menulis atau bercakap mengenai asal usul orang Amerika keturunan Afrika dan merujuk kepada fakta sejarah, mahu tidak mahu dia terpaksa menyebut istilah-istilah seperti Negro, Nigger dan Black.

Macamlah kalau kita bercakap atau menulis berpandukan sejarah mengenai asal usul bangsa yang ada di negara kita ini.

Contohnya ada istilah Jawa Kontrak iaitu orang Jawa yang datang ke Singapura dan Malaya pada tahun 1920-an dan 1930-an jadi buruh binaan dan ladang.

Hari ini cucu cicit mereka tak jadi buruh kontrak lagi. Ada yang jadi peniaga, kakitangan awam, ahli profesional dan ahli politik. Boleh jadi ada antara mereka yang tak suka dikaitkan dengan istilah Jawa Kontrak, tapi Jawa Kontrak adalah hakikat sejarah negara kita.

Macam itu juga dengan orang Cina yang berhijrah ke Malaya. Ada yang datang sebagai ‘singkeh’ dan ada yang datang sebagai ‘tauke’. Singkeh adalah orang Cina yang tak ada pelajaran dan selalunya jadi buruh. Cina tauke ada pelajaran atau kaya. Mereka berniaga dan jadi tuan.

Pada zaman Kunta Kinte, kita guna istilah ini dalam konteks kita sendiri. Bila kita tak ada duit dan mahu kawan belanja, kita kata, kita singkeh (atau sengkek). Jadi yang belanja kita tu, kita panggil tauke.

Hakikat bahawa dalam masyarakat Hindu ada kasta tak boleh nafikan. Kita pun tak boleh nafi yang kerana kasta ini, ramai orang Hindu yang miskin dan susah berhijrah ke merata tempat di dunia untuk cari kehidupan yang lebih baik. Kalau mereka terus menetap di India, mereka susah nak keluar daripada belenggu ekonomi kasta.

Dalam hal ini, orang India dari kasta paria adalah antara yang paling ramai datang ke Malaya. Orang dari kasta ini banyak tinggal di negeri Tamil Nadu.

Ikut kamus The Free Dictionary, paria atau dalam bahasa Inggeris dieja pariah dan disebut pa-ra-yah, adalah daripada perkataan Tamil ‘pa’aiyar’ yang bermaksud pesta gendang atau pemalu dendang. Boleh jadi asal usulnya anggota kasta ini adalah pemalu dendang atau pemuzik.

Jadi, kita janganlah emosi sangat sampai bakar buku atau haramkan buku bila Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, guna istilah kasta paria dalam novel dia Interlok.

Baca dan kajilah dulu konteks yang dia guna istilah itu dalam penceritaannya mengenai pendatang dari negeri India.

Sepanjang yang Kunta Kinte tahu, intelek dari generasi Abdullah adalah paling terbuka kepada kepelbagaian kaum, agama dan budaya. Yang jadi sensitif tak tentu hala ni sebenarnya orang yang tak bergaul antara kaum dan agama. Mereka hanya hidup dalam kelompok kecil mereka.

Mungkin mereka ini tak pun tahu yang kerajaan India akui secara rasmi adanya masalah sosial akibat sistem kasta. Tahun lalu Parlimen India ambil keputusan masukkan soal selidik mengenai kasta dalam bancian penduduk bermula pertengahan tahun ini.

Tentulah bukan kesalahan Abdullah atau Interlok kalau masih wujud isu dan sensitiviti mengenai kasta dalam masyarakat Hindu Malaysia. Masalahnya masyarakat dan parti politik India/Hindu sendiri.

Jadi Kunta Kinte harap kita janganlah emosional tak tentu hala dan Pak-Pak dan Mak-Mak Menteri kita pun janganlah melatah tak tentu arah sampai nak kaji atau nak haramkan penggunaan Interlok sebagai buku teks.


Kalau mereka buat, mereka pun samalah dengan beberapa kerat penunjuk perasaan dan pembakar buku itu. Wallahualam.

No comments: