Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Monday, January 17, 2011

Dua tahun terbaring kaku

Metro; 170111; Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin mailto:Deninanbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Ketika kanak-kanak seusianya bergembira memulakan sesi persekolahan baru 2011, seorang ibu meratap hiba melihat nasib anak sulungnya yang terbaring koma dengan bergantung kepada tiub yang ditebuk di lehernya untuk bernafas.

Lebih malang, apabila kanak-kanak berkenaan, Amirul Najwan, 8, sebelum ini dilaporkan sihat tiba-tiba menderita penyakit misteri sejurus mengalami demam panas pada 2 April 2009.

Ibu mangsa, Wan Suriani Wan Yusoff, 35, berkata, hatinya cukup tersentuh dengan keadaan anak kesayangannya itu yang masih tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif, selain terbaring kaku di katil.

Menurutnya, semuanya bermula selepas anaknya itu menghidap demam panas dan doktor mengesahkan sel otaknya rosak akibat dijangkiti kuman.

“Doktor memberitahu penyakit anaknya itu dikenali sebagai ‘Acute Necrotising Encephalitis’ (ANEC) dan penyakit itu agak jarang ditemui di negara ini. Apa yang diberitahu, jangkitan kuman itu menyebabkan sel otaknya mati.

“Sejak itu, anak saya terbaring di atas katil dan memerlukan penjagaan rapi sepanjang masa kerana hidupnya bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permata, Hulu Klang.


Sambung baca di:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Duatahunterbaringkaku/Article/index_html

2 comments:

eelobor said...

sebenarnya cerita nie dah kuar kat blog ondscene 14hb yang lalu dan hari ni baru kuar kat harian metro. boleh rujuk kat sini

Mohd Yusof Tawil said...

TQ,

maklumat tertunda, he he heeee!