Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Sunday, January 23, 2011

PDK Selayang: Outreach ke PDK Putra Perdana Puchong

PDK Selayang melalui Jawatankuasa Latihan dan Bimbingan telah mengadakan satu program outreach ke PDK yang baru diwujudkan di Daerah Sepang iaitu PDK Putra Perdana Puchong, pada 22hb Januari 2011 (Sabtu) bertempat di Dewan Orangramai Villa Juvena Taman Putra Perdana.

PDK Selayang telah menghantar seramai 5 orang anggota yang terdiri dari:
  1. Seorang Ahli Jawatankuasa-Encik Mohd Yusof Tawil,
  2. Penyelia PDK-Puan Noraini Othman,
  3. Jurupulih Pertuturan-Encik Mohd Syahrulikram Mohd Yasin,
  4. Jurupulih Carakerja-Puan Siti Nor Azila Saari, dan
  5. Seorang sukarelawati-Puan Ruby-Ahli Farmasi.
Program Outreach tersebut diadakan adalah di atas jemputan dari Jawatankuasa PDK Putra Perdana dengan tujuan untuk:

  1. Memberi khidmat nasihat kepada Jawatankuasa PDK Putra Perdana.
  2. Memberi bimbingan  kepada Penyelia dan Petugas PDK Putra Perdana.
  3. Mengadakan Penilaian Awal kepada Pelatih PDK Putra Perdana.
PDK Putra Perdana akan menjalankan Program Kelas Hariannya di Dewan Orangramai Villa Juvena tersebut sebanyak 2 hari seminggu manakala 3 hari lagi akan diisi dengan Program Lawatan kerumah, ini memandangkan Jawatankuasa Dewan Orangramai tersebut hanya membenarkan mereka menggunakan dewan tersebut 2 hari seminggu sahaja iaitu setiap hari Selasa dan Sabtu.

No comments: