Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, January 15, 2011

Ana Raffali ikon muzium

Ana Raffali
Seronok juga bila tengok penyanyi kita menyanjung pakaian tradisional dan menggunakannya dalam tiap-tiap persembahannya.

Harap Ana Raffali tak terbabas lepas popular ni, penuhkan almari dengan baju kurung dan baju kebaya, (biasanya artis ni pakai skali-dua je paling banyak 3-4 kali) lepas tu kalau tak nak pakai, dermakan kepada PDK Selayang, macam-macam boleh buat, janji ada.

Apa pun, TAHNIAH & SYABBAS buat Ana Raffali berjaya menjuarai AJL- itu yang dikatakan BILA JURI SUDAH BERSUARA.

Berita Harian-2011/01/15

KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) Ana Raffali yang sentiasa menampilkan diri dengan berpakaian baju kurung dan kebaya akan dijadikan ikon program tertentu Jabatan Muzium Malaysia (JMM).

Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ismail, berkata pihak pengurusan Ana Raffali secara dasarnya bersetuju untuk penyanyi muda itu dijadikan ikon bagi program yang akan dijalankan oleh jabatan itu di 21 buah muzium bawah pengurusannya.
Bawah khemah pun jadi
Beliau berkata demikian kepada BERNAMA bagi memperjelaskan laporan kelmarin yang mengatakan Jabatan Muzium menawarkan Ana Raffali sebagai ikon setem sempena pameran setem 1Malaysia 1Dunia yang sedang diadakan di Muzium Negara. Ibrahim berkata, Ana Raffali atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali dipilih sebagai ikon jabatan itu kerana imej dan penampilannya yang sentiasa berpakaian kebangsaan tanpa kekok dan malu dalam persembahannya tanpa mengira tempat.


Ini adalah satu penampilan yang baik dari segi budaya terutama di kalangan remaja, katanya.

Ana Raffali adalah pendatang baru dalam dunia seni tanah air, bukan saja mampu untuk menyanyi dan bermain gitar dengan baik, malah turut mengubah dan menulis lirik.

Pada AJL Ahad lalu, lagu nyanyian dan nukilan Ana Raffali Tolong Ingatkan Aku dipilih sebagai juara.

p/s: yang pelik tu, yang banyak komplen, yang tak menang, sebab sekarang ramai penyanyi wanita cuma jual muka dan bodi, kalau kurang laku buka sikit, kurang laku buka besar sikit, suara... hampehhh!, showmanship.... lagi hampeh!!!, pakaian.........hmmmm kompom nak tunjuk bonjol sana bonjol sini.

No comments: