Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Friday, January 21, 2011

Andy Lau promosi filem terbaru di Kuala Lumpur

Berita Harian; 2011/01/20
ANDY Lau menunjukkan aksi kung fu
ketika mempromosi filem Shaolin
di ibu negara, semalam.

KUALA LUMPUR: Aktor terkemuka Hong Kong, Andy Lau kini berada di ibu negara untuk mempromosikan filem terbarunya, Shaolin, arahan Benny Chan.

Filem yang turut dilakonkan beberapa nama besar dalam industri perfileman Asia seperti Jackie Chan, Nicholas Tse, Wu Jing dan Fan Bingbing itu akan menemui penonton mulai 27 Januari ini, sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Filem yang berlatarbelakangkan kuil Shaolin di China, memaparkan erti pengorbanan dan kesetiaan seorang wira terhadap negara, bangsa dan keluarganya.

Ia berkisar pada keadaan negara China yang dilanda perang kerana pemerintahnya, Hao yang dilakonkan Lau, cuba memperluaskan kuasa dengan menundukkan negara jiran, namun tindakan itu memakan diri sehingga terpaksa menyembunyikan diri.


Dengan pertolongan kumpulan sami dan ilmu pertahanan diri yang dipelajarinya sepanjang berlindung di kuil, Hao bangkit semula menewaskan kuasa jahat yang menakluk negaranya.

Bercakap pada sidang media di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam, Lau berkata beliau mengambil masa tiga bulan untuk mempertajamkan ilmu seni pertahanan diri kung fu bagi menjayakan wataknya dalam filem itu.

Menurut aktor yang memegang watak seorang pemerintah yang angkuh, proses pembikinan filem itu mengambil masa kira-kira setahun, semata-mata untuk membolehkan pelakon menghayati serta memahami mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.

"Shaolin bukan saja filem berkisarkan seni pertahanan diri kung fu Shaolin, tetapi mengandungi mesej serta pengajaran yang menanti penonton pada akhir cerita,” kata Lau.

Hadir sama mempromosikan filem Kantonis itu ialah sutradaranya, Chan

No comments: