GAMBAR atas menunjukkan fiber Kevlar dalam pembuatan jaket kalis peluru mempunyai kesan hentakan peluru yang sedikit kerana dicampur dengan 'cecair perisai'. |
Bahan rahsia itu membolehkan jaket kalis peluru akan menjadi lebih ringan sekali gus memberikan lebih banyak perlindungan kepada askar di medan pertempuran.
Kekuatan bahan rahsia itu dipamerkan dalam satu pameran pertahanan di sini baru-baru ini.
Teknologi itu yang digelar sebagai 'cecair perisai' dicipta oleh sekumpulan saintis dan jurutera di syarikat pertahanan keselamatan Britain, BAE.
Jurucakap BAE, Stewart Penney berkata: "Teknologi itu boleh dijelaskan melalui cara mengacau air dengan sebatang sudu."
Menurutnya, dalam air, anda akan berasa sedikit tentangan ke atas sudu sama seperti dengan 'cecair perisai' itu yang menyebabkan seseorang akan berasa sedikit tekanan.
No comments:
Post a Comment