Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Wednesday, January 26, 2011

Kaki Pancing : Pengotor!

JETI di Bagan Datoh yang menjadi lokasi pancing ikan.
Sekumpulan pemancing tinggal sisa umpan, tulang ikan di jeti JLM
Berita Harian; Oleh Abu Bakar Al Sidek; 2011/01/26

BAGAN DATOH: Perbuatan tidak bertanggungjawab kaki pancing yang mengotorkan jeti milik Jabatan Laut Malaysia (JLM), di sini dengan membiarkan sisa umpan dan tulang ikan berselerak serta berbau busuk, mengganggu keselesaan orang awam termasuk pelancong asing yang menggunakan kemudahan jeti itu untuk ke Pulau Sembilan.

Kumpulan pemancing berkenaan sering menjadikan jeti terbabit lokasi memancing terutama pada waktu malam membiarkan sisa ikan termasuk darah, tulang dan kepala ikan di atas jeti berkenaan

Tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan pihak lain yang menggunakan kemudahan itu bukan saja terpaksa menghidu bau busuk yang berpunca daripada buangan sisa umpan ikan yang ditinggalkan, malah ada kejadian orang awam terpijak tulang ikan sehingga mengalami kecederaan.

Perkara itu didedahkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Teluk Penikam-Bagan Datoh selepas sesi perbincangan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shaarani Mohamad, baru-baru ini.


Pengerusi JKKK berkenaan, Jamaluddin Abdul Aziz, berkata pihaknya menerima rungutan daripada orang ramai termasuk pemancing luar yang kerap menggunakan jeti itu untuk ke Pulau Sembilan.

Katanya, orang ramai mahu masalah itu diatasi segera kerana jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan kedatangan pengunjung dan aktiviti pelancongan di kawasan itu.

Beliau mendakwa, keadaan itu berlaku disebabkan tiada pemantauan dilakukan oleh pihak berkenaan termasuk JLM, manakala pihaknya tidak mempunyai mandat untuk menguruskan jeti berkenaan.

"Kami tidak mempunyai kuasa untuk menyelenggarakan jeti berkenaan kerana ia berada di bawah JLM. Kami mengakui menerima banyak aduan orang berhubung kekotoran yang berlaku atas jeti itu.

"Sikap segelintir kaki pancing itu menjejaskan imej jeti yang kini menjadi tumpuan pelancong domestik dan luar negara," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Shaarani berkata, jeti berkenaan sudah dinaiktaraf sebagai terminal pelancongan yang mana Kementerian Pelancongan membelanjakan RM4 juta bagi baik pulih jeti itu sejak 10 tahun lalu.

Katanya, jeti itu kini menjadi lokasi persinggahan pelancong yang dalam perjalanan memancing ikan ke Pulau Sembilan, selain pernah menjadi lokasi penggambaran drama dan filem.

"Saya sendiri pernah menghidu bau busuk apabila melawat jeti itu baru-baru ini dan sempat melihat sisa ikan dibiarkan bersepah atas lantai jeti.

"Selama ini, kaki pancing bebas keluar masuk ke atas jeti itu tanpa dikenakan bayaran dengan kemudahan bekalan elektrik turut disediakan," katanya.

Beliau berkata, sekiranya kaki pancing masih berdegil, pihaknya akan mengunci pintu utama di situ dan tidak membenarkan sebarang aktiviti memancing dilakukan atas jeti terbabit.

Bagaimanapun, Shaarani turut meminta JKKK bekerjasama dengan JLM bagi memantau dan menyelenggara jeti itu, termasuk menasihatkan kaki pancing supaya menjaga kebersihan kerana kemudahan itu dibina dengan kos yang mahal

1 comment:

eelobor said...

hehehe....marah la en.farouk bila baca nie, sebab dia pun kaki pancing