HASLIZA (kanan) melihat Maisara yang lumpuh kedua-dua kaki ketika melawat murid berkenaan di Baling, semalam.Ibu rayu bantuan kerusi roda mudahkan pergerakan Maisara bersemangat walaupun cacat |
Oleh Safuri Kamarudin; bhnews@bharian.com.my 2011/01/19
Norlela Othman, 35, dari Kampung Lalang, Siong, dekat sini, juga menghabiskan banyak masa di sekolah setiap hari bagi menguruskan Nuralia Maisara Mohd Faizul, 7, yang lumpuh kedua-dua kaki dan tidak dapat digerakkan.
Selain mendukung anak sulungnya itu berulang alik ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di kampung berkenaan, Norlela juga terpaksa mendukung Nuralia Maisara pada waktu rehat, menghadiri perhimpunan dan ke bilik air.
Norlela berkata, berikutan kedua-dua kakinya tidak dapat digerakkan, anaknya itu terpaksa duduk atas tikar di lantai kelas, selain menggunakan meja rendah untuk menulis atau membaca.
Nuralia Maisara dilahirkan kembar dengan pasangannya Nuralia Natasya yang normal, tetapi menjadi lumpuh selepas diserang demam panas ketika berusia empat tahun.
"Saya kasihan melihatkan keadaannya yang serba kekurangan, tetapi dia tetap bersemangat ke sekolah," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
dapatkan di:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Setiapharidukunganaklumpuhulang-aliksekolah/Article
No comments:
Post a Comment