Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Monday, July 22, 2013

Tak Kenang Budi atau Tak Sanggup Hadapi Kenyataan : Pasangan gelandangan sudah cabut lari

Kuala Lumpur: “Kami tolong dengan ikhlas kerana mahu mereka bina hidup baru yang lebih baik, tetapi mereka sendiri tak tahu menghargai, malah sanggup lari dari rumah ketika kami keluar berniaga,” kata Nurulhuda Zainuddin, 44.
Peniaga itu dan suaminya Husin Mohamad, 41, kecewa apabila pasangan gelandangan Zaki, 29, dan Maya, 23, yang dibantu Khamis lalu, tiba-tiba melarikan diri dari rumah mereka di pinggir ibu kota, kelmarin tanpa pesanan.
Zaki dan Maya yang dianggap seperti anak sendiri dibawa menetap serta ditawar pekerjaan dengan gaji RM600, berikutan tidak mahu pasangan itu kembali menghuni bawah jejambat di tepi Sungai Klang.
Nurulhuda berkata, naluri keibuan yang tebal dalam dirinya turut simpati kepada bayi lelaki Maya yang dilahirkan Isnin lalu, justeru, mahu pasangan itu menjalani kehidupan berkeluarga seperti masyarakat lain.
“Sejak hari pertama kami sudah berniat mahu menolong sehingga kedua-duanya mampu berdikari.
“Jadi, apabila mereka buat begini, saya jadi sangat kecewa dan tertanya-tanya, kenapa mesti mereka melarikan diri begitu saja? Apa yang berlaku sebenarnya?” katanya.
Menurutnya, Zaki sepatutnya mengikutnya dan suami berniaga di Jalan Raja Bot di sini namun tidak berbuat demikian atas alasan penat menguruskan anak.
“Saya tak kisah dan beri peluang dia berehat, tetapi pada tengah hari dia memberitahu ada pemberita mahu datang ke rumah untuk temu bual, selain rakan gelandangannya mahu melawat.
“Mendengar itu saya jadi bimbang dan kata jangan benarkan sesiapa masuk ke rumah sehingga saya dan suami pulang kerana kami berjanji berbuka bersama di satu majlis berbuka puasa anjuran persatuan yang kami suami isteri sertai.
“Tapi pada saat akhir Zaki memberitahu tidak dapat berbuka bersama dan saya yang tidak sedap hati menelefon jiran untuk tengokkan mereka di rumah. Saya tahu dia cuba tipu saya,” katanya.
Menurutnya, ketika itulah mereka diberitahu Zaki dan Maya meninggalkan rumah dengan membiarkan pintu tidak berkunci selain membawa semua keperluan mereka. “Sepanjang malam saya cuba hubungi mereka tapi talian tutup dan adakalanya tidak berjawab. Saya tertanya-tanya kenapa mereka mesti bertindak begitu,” katanya.
Dia juga teringat perbualan dengan pasangan itu pada Jumaat lalu yang menimbulkan banyak keraguan termasuk berhubung perkahwinan mereka di Selatan Thailand.
Katanya, dia dan suami mengesyaki pasangan itu belum berkahwin berdasarkan cara mereka menjawab pertanyaan dan penipuan mereka juga jelas terpancar di wajah.
“Maya juga memburuk-burukkan keluarganya yang pada pandangan saya tidak seperti apa yang digambarkan. Saya ada bertemu sebahagian keluarganya ketika mengambil mereka di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jadi saya tahu dia tak bercakap benar,” katanya.
Menurutnya, dia tidak berniat menghukum pasangan itu, sebaliknya mahu mereka bertemunya, bercakap jujur dan hentikan semua penipuan menarik perhatian masyarakat.
Katanya, dia akan membuat laporan polis untuk mengelak timbul masalah kemudian. hari.

No comments: