Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Thursday, July 4, 2013

Angin Kuat Koyakkan Kanvas Kanopi di PDK Selayang





Tuan-tuan dan puan-puan:

Adalah dijemput untuk memberikan sumbangan kewangan kepada PDK Selayang untuk menggantikan kanvas kanopi yang koyak ini.








 


Angin kuat yang berlaku di sekitar Selayang yang berlaku pada jam 3:00-4:00 petang hari ini (04/07/2013) telah menyebabkan kanvas kanopi Pdk Selayang yang berusia 2 tahun 11 bulan terkoyak.

Angin kuat juga berlaku pada hari Selasa lalu 02/07/2013 (lebih kurang jam 10:00 malam) menyebabkan 1/8 dari kanvas kanopi tersebut terkoyak.

Angin kuat pada petang ini telah meninggalkan hanya 1/2 kanvas kanopi tersebut.

Kos untuk menggantikan/ membeli kanvas kanopi yang baru adalah dianggarkan RM1,000.00 dan untuk menggantikan satu lagi kanvas kanopi yang satu lagi yang juga telah koyak dua minggu lepas (kanvas kanopi bersebelahan dengan yang koyak hari ini) juga berharga lebihkurang RM1,000.00.

Oleh yang demikian sebanyak RM2,000.00 diperlukan untuk menggantikan kedua-dua kanvas kanopi tersebut.

Tuan-tuan dan puan-puan boleh membuat sumbangan kepada PDK Selayang dengan cek/bankers cek/casher order dan hendaklah ditulis dan dibayar atas nama PDK SELAYANG.

Semua sumbangan akan dikeluarkan resit Sumbangan Kebajikan.







Cek sumbangan tuan/puan hendaklah diposkan kepada:

BENDAHARI.
PDK SELAYANG.
NO. 7078, JALAN 12,
TAMAN SELAYANG BARU,
68100 BATU CAVES.

Sila tulis 'Sumbangan Kanvas Kanopi' di belakang cek dan juga sertakan bersama alamat tuan/puan untuk memudahkan kami menyampaikan resit sumbangan dan surat ucapan terima kasih.

No comments: