Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Tuesday, July 9, 2013

Graduan MSU pilihan majikan

Graduan Management and Science University (MSU) bukan saja mempunyai kelayakan akademik membanggakan malah kepercayaan dan pengiktirafan tinggi majikan pelbagai industri.
Presiden MSU Profesor Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid, berkata majikan yakin kemampuan graduan MSU yang dilengkapi kemahiran insaniah hasil kesepaduan program ‘Graduate Employability Skill’ (GEmS) 
Beliau berkata, menerusi GEmS, graduan MSU bukan saja diberi pendedahan bertaraf nasional dan antarabangsa malah dilatih menjadi lebih profesional.

“Justeru, apabila mereka menjalani latihan industri, majikan dapat melihat dan menilai keberkesanan program itu.
Foto
ANTARA penerima anugerah meraikan kejayaan.

“Kualiti dan kemahiran diri lebih terserlah menjadikan mereka pilihan utama majikan.

“Di MSU, selain akademik, mahasiswa diberi penekanan aspek pembangunan diri dan sahsiah bagi melahirkan graduan serba boleh dalam dunia pekerjaan,” katanya ketika sidang media sempena Majlis Konvokesyen ke 13 MSU, baru-baru ini.

Majlis disempurnakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah selaku Canselor MSU.

Seramai 500 graduan MSU daripada pelbagai peringkat dan bidang pengajian menerima penghargaan.

Daripada jumlah itu, seorang graduan dianugerahkan doktor falsafah (PhD), 25 (ijazah sarjana) , 293 (ijazah sarjana muda) dan 181 (diploma).

Graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Rohani Abdul Wahab, 24, dan Ahmed Fairuz Yakob, 28, dari Diploma Forensik Komputer dipilih menerima Anugerah Presiden.

No comments: