Sikap mahasiswa institusi pengajian tinggi yang kurang berminat membabitkan diri ketika menjalankan program berbentuk kemasyarakatan bukan isu baru.
Lebih dukacita, apabila program yang bermatlamat membentuk pengukuhan jati diri dalam aspek kemasyarakatan itu dilakukan sambil lewa semata-mata bagi memenuhi piawaian memperoleh kredit pengajian.
Penekanan program yang dikatakan sentiasa sama selain menuntut banyak komitmen juga dijadikan alasan mahasiswa kurang aktif atau melakukannya kerana terpaksa.
Jika begitulah hasilnya, apakah masih relevan program sedemikian dilaksanakan atau diberi suntikan baru bagi menarik minat mahasiswa lebih bertanggungjawab?

Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Hazita Azman berkata, program kemasyarakatan tetap mempunyai nilai komersial untuk memberi kelebihan kepada mahasiswa dalam jangka panjang.
Beliau berkata, meskipun wujud tanggapan program itu hanya bagi memenuhi ‘kredit’, dari sudut berbeza, ia banyak membantu mencorakkan sikap mahasiswa ke arah lebih positif.
“Setiap program diperkenalkan bukan secara semberono. Ia direncana melalui perbincangan, frasa, tapisan dan penolakan.
“Selepas kata sepakat dicapai, barulah diimplementasi. Proses tidak mudah biarpun program berkenaan hanya bernilai ‘percuma’ atau ‘tiga kredit’.
“Lebih penting, program seperti itu juga adalah sebahagian proses pembelajaran. Ilmu yang dikutip mesti ada nilainya,” katanya.
Impaknya juga tidak boleh dilihat sekelip mata kerana perlu dinilai tambah dengan konsep kendiri lain.
“Kebanyakan aktiviti program kemasyarakatan berbentuk fizikal dengan kesannya subjektif kepada setiap individu. Pentafsiran boleh ditafsirkan secara berbeza.
“Namun, dasarnya program ini mempunyai nilai sentuhan yang halus menerusi aspek kemanusiaan, kematangan serta kesedaran yang wujud dalam kalangan mahasiswa,” katanya menambah, mekanisme sesuai perlu ditekankan bagi menarik minat mahasiswa supaya dapat menghayati kepentingan program dijalankan.
“Program seperti ini selalunya hanya menyasarkan aktiviti memberi bantuan fizikal atau sumbangan kepada penduduk selain tinggal bersama keluarga angkat saja.
“Mekanisme serupa dalam setiap penganjuran boleh mendatangkan kebosanan. Sebaliknya, pendekatan mekanisme baru boleh memberi kelainan.
“Perlunya daya kreatif dalam penganjuran program sebegini bagi menjadikan mahasiswa lebih menghayati dan ‘terpesona’,” katanya.
Bagi tujuan itu, UKM melalui fakulti berkenaan mengambil pendekatan berbeza menerusi program Green Rose.
Program kemasyarakatan berbentuk akademik ini memberi sentuhan berlainan dengan menekankan konsep Sayangi Alam Sekitar kepada pelajar sekolah, sekali gus memberi peluang kepada kedua-dua pihak berinteraksi, berkongsi maklumat dan mendidik pada satu masa.
Melalui program ini, pelajar diperkenalkan dengan konsep ROSE iaitu R untuk Reduce (mengurangkan), O untuk Offset (mengimbangi), S untuk Substitute (menggantikan) dan E untuk Enhance (mempertingkatkan).
Menurutnya, masyarakat juga harus menukar persepsi bahawa program khidmat masyarakat bukan hanya tertakluk pada konsep tradisional.
“Makna kemasyarakatan itu sendiri luas dan mencakupi pelbagai maksud. Apa saja yang boleh dibuat atau dimanfaatkan menerusi program itu adalah khidmat masyarakat.
“Selalunya, masyarakat sendiri yang menyempitkan penafsiran menjadikan mereka tidak jelas mengenai sumbangan mahasiswa dan institusi kepada golongan sasaran.
“Pada alaf baru, seharusnya konsep khidmat masyarakat dikembangkan ke tahap lebih tinggi dan mempunyai suntikan intelektual sejajar peranan mahasiswa sendiri sebagai pewaris pemimpin,” katanya menambah, program sedemikian sebenarnya cukup diminati dan dekat di hati kedua-dua pihak.
“Objektif khidmat masyarakat adalah untuk memberi pelbagai nilai yang baik. Sebab itu perlu kreatif agar nilai yang ingin disampaikan itu boleh diterima.
“Dalam konsep kemasyarakatan, memupuk nilai positif adalah inti pati terhadap pengukuhan jati diri.
“Justeru, jika semakin berjaya dan nilai itu meninggalkan kesan di hati pelaksana atau penerima, semakin kuatlah jati diri. Begitu sebaliknya,” katanya.
Program yang berjaya, akuinya, bukan saja mampu meninggalkan impak pada golongan sasaran, malah mahasiswa turut mempraktikkannya sebagai satu tindakan relevan dalam kehidupan.
“Sebab itu mereka diseru menyertai dan menjadikan program ini landasan mempersiapkan diri sebagai anggota masyarakat prihatin.
“Dalam konsep pendidikan hari ini, bukan hanya kelayakan akademik saja dijadikan perbandingan, malah pembawaan diri dan pengukuhan jiwa juga diberi penilaian.
“Rugi jika ia tidak dipergunakan dengan sebaiknya. Akibatnya, tentulah mahasiswa akan terus dilabel dan kekal dengan tanggapan lama,” katanya

No comments:
Post a Comment