Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Monday, October 10, 2011

PDK Selayang : Lawatan ke Taman Rusa Krau, Pahang

Sambungan dari : Lawatan ke Kuala Gandah, Pahang.

Kami tiba ke Taman Rusa (Deerland) hanya beberapa minit dengan bas dari Pusat Konsevasi Gajah Kuala Gandah.

Pintu masuk ke Deerland

Urusan membeli tiket

Setelah selesai urusan masuk dengan pehak pengurusan Deerland, kami mula bergerak masuk dalam satu barisan. Ini kerana jalan yang diperbuat dari simin hanya sesuai untuk laluan sehala sahaja.
Bergerak masuk


Burung Kakaktua dari Brazil

Ungas pertama yang kami jumpa ialah burung kuang perak yang diimpot dan burung merpati turki juga di impot dari Turki, yang dikurung dalam dua sangkar besar yang berasingan, lebih kurang P20' X L15' X T10'.
Spesis sama dari Peru


Kuang Perak tempatan

Bersebelahan dengan sangkar burung kuang impot tersebut terdapat satu taman anggerik yang mempunyai lebih dari 50 pokok dengan 12 spesis, hanya 8 spesis sedang berbunga.

Kijang yang bebas

Rusa tempatan

Sangkar seterusnya menempatkan sepasang burung kuang tempatan.
Mula-mula tak banyak


Kemudian lagi banyak

Seterusnya sangkar burung yang seakan-akan burung kuang (tidak diketahui nama, spesis dan asal).
Ada kanak-kanak OKU yang mula menangis takut


Remaja OK je!

Bersebelahan dengan sangkar burung kuang yang diimpot ialah satu kawasan yang berkeluasan lebih kurang 40M X 40M yang dipagar dengan kayu, ialah kawasan memberi makan rusa.
Ahmad Safwan


Amirrah

Terdapat lebih kurang 40 ekor rusa yang sedang setia menunggu pelawat-pelawat terutamanya yang membawa buah tangan (tidak boleh dibawa dari luar, hanya makanan yang disediakan oleh pengurusan yang boleh dibeli oleh pengunjung untuk memberi makan kepada rusa-rusa tersebut).
Lim Wei Hou

Aliff

Kami dibenarkan untuk masuk ke kawasan memberi makan rusa tersebut sambil bergambar, bermesra dan memberi rusa tersebut makan dengan tangan sendiri.
Ahmad Fadil memberi makan rusa dengan gaya tersendiri


Berkomunikasi dengan rusa "Tada......dah abis.....)

Yang menariknya, dan tidak kami jangka, semua Pelatih OKU Remaja langsung tidak takut dengan rusa-rusa tersebut, tetapi hampir semua Pelatih OKU kanak-kanak takut dan menangis, hanya sebahagian sahaja yang memberanikan diri apabila dipujuk oleh pelajar-pelajar IPG-IK dan KSKB untuk memberi makan rusa-rusa tersebut.
Nur Sakinah Safiah Suboh

Azharul Azri


Kami berada hampir 40 minit bersama-sama rusa tersebut (sehingga makanan yang ditempah bernilai RM60.00 habis.
Tempat membeli makanan rusa


Nih! Group yang penakut!

Kami seterusnya bergerak ke kawasan reptilia yang menempatkan beberapa ekor ular sawa termasuk seekor ular sawa albino.
Spesis dari Taiwan


Sejenis burung kuang impot

Penjaga taman tersebut telah mengeluarkan seekor ular sawa anggaran sepanjang 12 kaki dan berat lebih kurang 35 kg untuk kami bermain dengan ular tersebut.
Burung kuang tempatan


Burung Merak Pongsu

Bersebelahan dengan kandang ular, terdapat satu kandang besar yang kosong yang sebelum ini diletakkan seekor beruang (tetapi malangnya pehak perhilitan telah memaksa pengurusan taman tersebut menyerahkan beruang itu kepada mereka). Pehak pengurusan sedang berusaha untuk mendapatkan beruang tersebut semula.
kancil


Merak Pongsu dan Ayam Hutan

Kemudiannya kami dibawa ke kandang arnab dimana sekali lagi kami berpeluang bermain dan memberi makan arnab-arnab tersebut (anggaran 20 ekor), dan ianya menjadi kegemaran Pelatih OKU kanak-kanak.
Kuang Emas, asal China


Ular sawa

Burung Nuri


Kami menghabiskan masa selama 15 minit bersama arnab-arnab tersebut.
Guinea Pig


Guinea Pig


Burung Kuang tempatan

Kami sampai ke penghujung taman tersebut dimana ia menyediakan sebuah kedai cenderahati dan makanan ringan serta minuman yang membolehkan kami membeli minuman untuk menghilangkan dahaga dan membeli cenderahati untuk kenang-kenangan atau untuk dihadiahkan kepada rakan.
Itik Air/Belibis


Bermain sambil memberi arnab makan

Jam 4:15 petang kami menaikki bas untuk pulang ke Selayang dan tiba di PDK Selayang pada jam 5:50 petang.

Semua dah KO, lepas tu hanyutzzzzzzzzzz!

Sayonara!.......................

2 comments:

eelobor said...

gambar di ambil dari kamera mahal ker bang? hihihihi....cantikk

Mohd Yusof Tawil said...

Dah adee!

pake aje lee!