p/s : Adakah nilai Islamik ibubapa pada harga RM10.00/sebulan sahaja, mempersoalkan untuk bayaran tambahan yang mereka perlu bayar kepada sekolah ugama, sedangkan mereka tidak dapat mengajar agama kepada anak mereka dengan nilai RM10.00
p/s 2: Mereka tidak pernah mempersoalkan nafsu mereka dengan nilai RM10.00 (mungkin lebih) dalam sehari untuk membeli rokok, atau beli nombor ekor, atau membeli alat solek, atau isi petrol/diesel untuk kereta mereka, dimanakah keikhlasan? "Ohhh kami ikhlas, kami memang ikhlas membeli rokok", "kami memang ikhlas membeli nombor ekor", "kami ikhlas beli alat solek" TETAPI "KAMI TAK IKHLAS UNTUK UGAMA, HAH HAH HAH HAAAAAAAAH!??????
p/s 3: Mereka sanggup hantar tuisyen anak pada harga RM30.00 satu subjek/sebulan sekali seminggu dan kurang dari 2 jam satu sesi dari RM10.00 ekstra untuk sekolah ugama selama 20 hari sebulan dan 4-5 jam sehari dengan berbagai subjek agama, patutlah, baru saya ingat "BAPAK DAJAL MATA DUA, ANAK BAKAL JADI DAJAL MATA SATU"
p/s 4:
Sorong papan tarik papan;
Buah keranji dalam perahu;
Suruh makan meh makan;
Suruh mengaji bapak aku lagi tak tahu!
JOHOR BAHRU - Sekumpulan ibu bapa di Kota Masai, Pasir Gudang di sini menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan sebuah sekolah agama di kawasan terbabit yang didakwa mengenakan bayaran tambahan tidak munasabah untuk setiap pelajar.
Menurut mereka, sekolah terbabit mengenakan bayaran RM10 setiap bulan untuk setiap pelajar sejak sepuluh tahun lalu.
Seorang bapa, Zainorin Sajat, 39, berkata, mereka inginkan penjelasan terperinci ke mana wang tersebut disalurkan memandangkan bayaran tersebut agak membebankan kerana perlu dibayar setiap bulan.
Katanya, setiap kali mengajukan soalan kepada pihak pengurusan sekolah, mereka diberi alasan yang tidak jelas dan jika ada ibu bapa yang tidak menjelaskan bayaran terbabit, kad laporan prestasi anak-anak mereka akan disekat oleh pihak sekolah.
"Pada mulanya, mereka kata wang tersebut digunakan untuk membayar sewa rumah kedai yang dijadikan kelas serta pelbagai kos lain tetapi selepas bangunan sekolah siap awal tahun ini, kami masih dikenakan bayaran sama.
"Jika benar wang tersebut digunakan untuk membayar sewa, tunjukkan kami semua butiran pembayaran," katanya kepada pemberita di Pasir Gudang semalam.
Sementara itu, seorang lagi bapa, Azarudin Johar, 41, mendakwa, meskipun RM10 dilihat agak kecil, namun dia agak terbeban kerana tiga anaknya belajar di sekolah terbabit.
"Bayangkan, jika RM30 setiap bulan terpaksa saya bayar untuk tiga anak yang bersekolah di sana, berapa pula yang terpaksa saya bayar setiap tahun.
"Ini tidak kira dengan bayaran yuran tahunan yang wajib dibayar setiap kali pendaftaran. Tahun hadapan, saya akan lebih terbeban kerana seorang lagi anak saya akan mula bersekolah di situ," katanya.
Dalam pada itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas dan Johor, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan membuat surat yang ditandatangani ibu bapa untuk meminta agar wang tambahan tersebut dimansuhkan.
"Surat tersebut akan saya bawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang," katanya.
2 comments:
Do you need a Loan?
Are you looking for Finance?
Are you looking for a Loan to enlarge your business?
I think you have come to the right place.
We offer Loans atlow interest rate.
Interested people should please contact us on
For immediate response to your application, Kindly
reply to this emails below only.
Whats app +919205646839
helpfiance@gmail.com
Please, do provide us with the Following information if interested.
1) Full Name:………
2) Gender:………
3) Loan Amount Needed:………
4) Loan Duration:………
5) Country:………
6) Home Address:………
7) Mobile Number:………
8)Monthly Income:…………………
9)Occupation:………………………
)Which site did you here about us…………………
Thanks and Best Regards.
helpfiance@gmail.com
Whats app +919205646839
Do you need a Loan?
Are you looking for Finance?
Are you looking for a Loan to enlarge your business?
I think you have come to the right place.
We offer Loans atlow interest rate.
Interested people should please contact us on
For immediate response to your application, Kindly
reply to this emails below only.
Whats app +919205646839
helpfiance@gmail.com
Please, do provide us with the Following information if interested.
1) Full Name:………
2) Gender:………
3) Loan Amount Needed:………
4) Loan Duration:………
5) Country:………
6) Home Address:………
7) Mobile Number:………
8)Monthly Income:…………………
9)Occupation:………………………
)Which site did you here about us…………………
Thanks and Best Regards.
helpfiance@gmail.com
Whats app +919205646839
Post a Comment