PENDUDUK kampung Aulia melihat kenderaan-kenderaan yang rosak dan bertindih antara satu sama lain selepas banjir kilat melanda kawasan tersebut. |
AULLA, Itali - Pasukan tentera dan pekerja penyelamat masih mencari mangsa-mangsa terselamat selepas banjir kilat dan banjir lumpur melanda beberapa buah kampung di kawasan pinggir pantai di kawasan Liguria dan Tuscany.
Sekurang-kurangnya sembilan orang maut, manakala enam yang lain masih hilang dalam bencana alam tersebut.
Pasukan pengawal pantai turut dipanggil semalam, susulan beberapa laporan bahawa sebahagian mangsa yang hilang mungkin dihanyutkan ke laut dalam ribut yang melanda pada minggu ini.
Kampung-kampung seperti kampung Aulla di Tuscany kini dilitupi lumpur setinggi paras lutut. Air deras dan lumpur mengalir melalui beberapa buah kampung yang terletak sekitar 75 kilometer dari bandar Genoa dan dekat Cinque Terre, kawasan pelancongan popular di Itali.
No comments:
Post a Comment