Sambungan dari : Lawatan ke Kuala Gandah, Pahang.
Kami tiba ke Taman Rusa (Deerland) hanya beberapa minit dengan bas dari Pusat Konsevasi Gajah Kuala Gandah.
|
Pintu masuk ke Deerland |
|
Urusan membeli tiket |
Setelah selesai urusan masuk dengan pehak pengurusan Deerland, kami mula bergerak masuk dalam satu barisan. Ini kerana jalan yang diperbuat dari simin hanya sesuai untuk laluan sehala sahaja.
|
Bergerak masuk |
|
Burung Kakaktua dari Brazil |
Ungas pertama yang kami jumpa ialah burung kuang perak yang diimpot dan burung merpati turki juga di impot dari Turki, yang dikurung dalam dua sangkar besar yang berasingan, lebih kurang P20' X L15' X T10'.
|
Spesis sama dari Peru |
|
Kuang Perak tempatan |
Bersebelahan dengan sangkar burung kuang impot tersebut terdapat satu taman anggerik yang mempunyai lebih dari 50 pokok dengan 12 spesis, hanya 8 spesis sedang berbunga.
|
Kijang yang bebas |
|
Rusa tempatan |
Sangkar seterusnya menempatkan sepasang burung kuang tempatan.
|
Mula-mula tak banyak |
|
Kemudian lagi banyak |
Seterusnya sangkar burung yang seakan-akan burung kuang (tidak diketahui nama, spesis dan asal).
|
Ada kanak-kanak OKU yang mula menangis takut |
|
Remaja OK je! |
Bersebelahan dengan sangkar burung kuang yang diimpot ialah satu kawasan yang berkeluasan lebih kurang 40M X 40M yang dipagar dengan kayu, ialah kawasan memberi makan rusa.
|
Ahmad Safwan |
|
Amirrah |
Terdapat lebih kurang 40 ekor rusa yang sedang setia menunggu pelawat-pelawat terutamanya yang membawa buah tangan (tidak boleh dibawa dari luar, hanya makanan yang disediakan oleh pengurusan yang boleh dibeli oleh pengunjung untuk memberi makan kepada rusa-rusa tersebut).
|
Lim Wei Hou |
|
Aliff |
Kami dibenarkan untuk masuk ke kawasan memberi makan rusa tersebut sambil bergambar, bermesra dan memberi rusa tersebut makan dengan tangan sendiri.
|
Ahmad Fadil memberi makan rusa dengan gaya tersendiri |
|
Berkomunikasi dengan rusa "Tada......dah abis.....) |
Yang menariknya, dan tidak kami jangka, semua Pelatih OKU Remaja langsung tidak takut dengan rusa-rusa tersebut, tetapi hampir semua Pelatih OKU kanak-kanak takut dan menangis, hanya sebahagian sahaja yang memberanikan diri apabila dipujuk oleh pelajar-pelajar IPG-IK dan KSKB untuk memberi makan rusa-rusa tersebut.
|
Nur Sakinah Safiah Suboh |
|
Azharul Azri |
Kami berada hampir 40 minit bersama-sama rusa tersebut (sehingga makanan yang ditempah bernilai RM60.00 habis.
|
Tempat membeli makanan rusa |
|
Nih! Group yang penakut! |
Kami seterusnya bergerak ke kawasan reptilia yang menempatkan beberapa ekor ular sawa termasuk seekor ular sawa albino.
|
Spesis dari Taiwan |
|
Sejenis burung kuang impot |
Penjaga taman tersebut telah mengeluarkan seekor ular sawa anggaran sepanjang 12 kaki dan berat lebih kurang 35 kg untuk kami bermain dengan ular tersebut.
|
Burung kuang tempatan |
|
Burung Merak Pongsu |
Bersebelahan dengan kandang ular, terdapat satu kandang besar yang kosong yang sebelum ini diletakkan seekor beruang (tetapi malangnya pehak perhilitan telah memaksa pengurusan taman tersebut menyerahkan beruang itu kepada mereka). Pehak pengurusan sedang berusaha untuk mendapatkan beruang tersebut semula.
|
kancil |
|
Merak Pongsu dan Ayam Hutan |
Kemudiannya kami dibawa ke kandang arnab dimana sekali lagi kami berpeluang bermain dan memberi makan arnab-arnab tersebut (anggaran 20 ekor), dan ianya menjadi kegemaran Pelatih OKU kanak-kanak.
|
Kuang Emas, asal China |
|
Ular sawa |
|
Burung Nuri |
Kami menghabiskan masa selama 15 minit bersama arnab-arnab tersebut.
|
Guinea Pig |
|
Guinea Pig |
|
Burung Kuang tempatan |
Kami sampai ke penghujung taman tersebut dimana ia menyediakan sebuah kedai cenderahati dan makanan ringan serta minuman yang membolehkan kami membeli minuman untuk menghilangkan dahaga dan membeli cenderahati untuk kenang-kenangan atau untuk dihadiahkan kepada rakan.
|
Itik Air/Belibis |
|
Bermain sambil memberi arnab makan |
Jam 4:15 petang kami menaikki bas untuk pulang ke Selayang dan tiba di PDK Selayang pada jam 5:50 petang.
|
Semua dah KO, lepas tu hanyutzzzzzzzzzz! |
Sayonara!.......................
gambar di ambil dari kamera mahal ker bang? hihihihi....cantikk
ReplyDeleteDah adee!
ReplyDeletepake aje lee!