Menikmati minum pagi yang disediakan oleh PDK Selayang |
Sedang mendengar taklimat dari En Mohd Yusof |
Mereka diketuai oleh Puan Rookiah Rohana, Penolong Kanan (Pendidikan Khas) sekolah tersebut.
Pn Rookiah Rohana PK SMK Taman Setiawangsa dalam ucapan balas di PDK Selayang |
Mereka telah diberi taklimat oleh Encik Mohd Yusof Tawil iaitu Naib Pengerusi II PDK Selayang.
Sedang mengambil makanan |
Kemudian mereka dibawa melawat ke persekitaran PDK iaitu ke kelas EIP, bilik Pemulihan Carakerja, bilik Pemulihan Pertuturan, ruang Pemulihan Anggota, bilik Terapi ABC dan kelas latihan vokasional.
Encik Mohd Yusof sedang memberi taklimat |
Dalam satu sesi soal jawab, beberpa ibubapa yang hadir bertanya soalan tentang program latihan vokasional yang dijalankan oleh PDK Selayang.
Salah seorang bapa yang sedang tekun mendengar jawapan dari soalannya |
Sebanyak 11 soalan direkodkan yang mana 8 dari ibu bapa dan 3 dari guru-guru sekolah tersebut.
Salah seorang bapa yang sedang bertanya soalan |
Selain itu ada beberapa ibubapa juga berterus terang untuk menghantar anak mereka mengikuti latihan apabila tamat persekolahan menengah nanti.
Empat pelajar yang dicadangakan untuk mengikuti latihan vokasional di PDK Selayang tahun hadapan |
Dalam ucapan balas dari ketua delegasi pelawat, Puan Rookiah Rohana menyatakan, bahawa program latihan vokasional amat perlu untuk remaja OKU bila tamat persekolahan nanti, dan tempat yang paling sesuai termasuklah PDK.
Meninjau ke kelas EIP |
Berjumpa dengan rakan senasib |
Rombongan pelawat berada di PDK Selayang sehingga jam 11:25 pagi.
No comments:
Post a Comment