Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, October 1, 2011

4 guru dera dan siksa pelajar miskin

p/s 1 : Apakah bentuk tindakan yang akan diambil oleh NUTP ke atas ke empat2 guru terbabit (penulis jangka NUTP takkan ambil tindakan apa2, maklumlah kena batang hidung sendiri)

p/s 2 : Keempat2 guru terbabit patut kita hukum mereka dengan memotong gaji mereka sebanyak 40% (sehingga pencen-kalau boleh, sebab mereka takkan insaf) dan didermakan/diberikan kepada murid miskin di kawasan tersebut, termasuk gaji Pengetua dan Penolong Pengetua yang hanya membiarkan (atau mungkin menggalakkan) perbuatan tersebut. BIAR MEREKA RASA BAGAIMANA JADI ORANG MISKIN



BUKTI....dahi Rafizul bengkak dipukul empat guru bertubi-tubi.


SAKIT ...Yusma Azuan Sakri menunjukkan calar
di betis akibat dirotan guru.
 GUA MUSANG: Seorang daripada empat pelajar sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dekat sini, bukan saja dijemur bersama tiga rakannya di tengah panas hampir empat jam tetapi turut menerima hukuman seperti tawanan perang apabila tubuh mereka diletakkan kerengga.

Kejadian kira-kira jam 8 pagi Rabu lalu itu turut disaksikan lebih 700 pelajar sekolah berkenaan ketika sesi perhimpunan pagi dan empat guru didakwa antara yang terbabit melaksanakan hukuman itu.

Selain dijemur dan diletakkan kerengga, pelajar itu bersama tiga rakannya yang semuanya tingkatan dua turut dipukul, disepak dan ditampar.

Tiga daripada mereka nyaris pengsan akibat berdiri terlalu lama, manakala seorang lagi didera dengan dipaksa menolak motosikal ditunggang seorang guru berbadan besar sebelum dibenarkan masuk ke kelas.

Selepas hukuman selesai, semua pelajar terbabit dibenarkan masuk ke kelas kira-kira jam 11 pagi, manakala penjaga mereka dipanggil untuk mengadakan perbincangan bersama empat guru yang melaksanakan hukuman itu.

Difahamkan, hukuman itu berpunca akibat salah faham selepas seorang daripada pelajar terbabit, Rafizul Zaki, 14, yang juga pelajar miskin kehilangan komputer riba diberikan kerajaan pada 27 September lalu.

No comments: