Kuala Lumpur: Golongan belia diingatkan tidak menunggu tempoh sah rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) hampir luput bagi mengelak berputih mata untuk mendapatkan telefon pintar.
Penasihat Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sheikh Raffie Abd Rahman berkata, pihaknya sudah melanjutkan tempoh sah setiap rebat kepada tiga bulan dari tarikh kelulusan Februari lalu berbanding hanya sebulan sebelumnya.
“Namun, jika dibiarkan luput, mereka terpaksa menunggu sebulan lagi untuk membuat pendaftaran semula,” katanya.
Menurutnya, pihaknya menerima 895,462 permohonan sehingga Mei lalu dengan 498,361 daripadanya sudah melakukan penebusan.
“Sejak dilaksanakan pada 1 Januari 2013, 59.7 peratus daripada 1.5 juta belia mendaftar dengan majoriti pemohon golongan berkerja.
“Begitupun, sebahagian permohonan ditolak berikutan pemohon gagal melengkapkan pendaftaran dalam talian mengikut syarat ditentukan,” katanya.
Menurutnya, orang muda berusia 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan bawah RM3,000 layak memohon dan hanya perlu mendaftar dalam talian di laman web SKMM.
No comments:
Post a Comment