JOHOR BHARU: Penyokong bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang koma selepas terjatuh dari ketinggian 15 meter bahagian tempat duduk penonton Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 25 Mei lalu, meninggal dunia, di sini, hari ini.
Rosdhi Rosiman, 29, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, di sini, kira-kira 2.15 pagi tadi, selepas koma selama sembilan hari di hospital itu.
Adik Allahyarham, Roshanizam Rosiman, 23, berkata seluruh anggota keluarga berada di sisi Rosdhi ketika dia meninggal dunia.
"Kami sekeluarga tiba di hospital sejak petang semalam selepas doktor
"Kami sekeluarga tiba di hospital sejak petang semalam selepas doktor
DARA Mahliah, 50, ibu Allahyarham Rosdhi sayu menunjukkan antara koleksi topi milik arwah anaknya. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
memberitahu tahap kesihatan Allahyarham yang semakin buruk," katanya di rumah keluarganya, di Taman Tampoi Indah, di sini.
Roshanizam berkata doktor mengesahkan buah pinggang Rosdhi gagal
berfungsi dan Allahyarham hanya membuka masa seketika pada hari kedua di hospital sebelum meninggal dunia dalam keadaan masih koma.
Dia berkata, jenazah abangnya yang juga anak kelima daripada lapan
beradik dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bendahara, Kebun Teh, di sini, kira-kira 11 pagi tadi.
Roshanizam berkata, Allahyarham adalah peminat tegar pasukan
Johor Darul Takzim dan kali terakhir mereka berjumpa adalah pada tiga hari sebelum kejadian.

No comments:
Post a Comment