Paris: Seorang pekerja yang merokok menyebabkan majikan mereka berbelanja AS$6,000 (RM18,560) lebih setiap tahun berbanding mereka tidak merokok, menurut kajian oleh Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan semalam dalam jurnal Pengawalan Merokok.
Ketidakhadiran kerana masalah kesihatan, produktiviti yang rendah kerana waktu rehat untuk merokok dan kos penjagaan kesihatan tambahan menyebabkan jumlah caj tambahan. “Anggaran terbaik kami untuk kos lebihan tahunan bagi mengambil pekerja yang merokok ialah $5,816 (RM17,998),” kata jurnal itu, diketuai Micah Berman di Kolej Kesihatan Awam dan Kolej Undang-Undang Moritz di Universiti Ohio.
Angka itu mengambil kira bahawa kos persaraan hampir $296 (RM916) lebih rendah untuk pekerja yang merokok kerana mereka berkemungkinan mati pada usia muda berbanding pekerja yang tidak merokok. Ramai majikan di AS mula mengenakan caj pekerja yang merokok dengan premium lebih tinggi untuk insurans kesihatan atau mengisytiharkan mereka hanya mengambil pekerja tidak merokok, kata jurnal itu. Sesetengahnya mengancam memecat pekerja tidak berhenti merokok dalam tempoh masa diberikan.
“Tanpa anggaran tepat kos berkaitan dengan merokok, polisi seumpamanya mungkin tidak wajar,” lapor jurnal itu.
“Anggaran munasabah membenarkan syarikat menganalisis dengan lebih adil kos dan faedah “polisi tenaga kerja bebas merokok”. - AP
2 comments:
Alhamdulillah.... saya dah genap 5 tahun 3 bulan 1 hari berhenti merokok. semoga dapat berhenti terus
Ambo do'akan....
Post a Comment