Singapura: “Sebaik terdengar jeritan ibu, saya bergegas ke bilik dan mula berasa tidak sedap hati selepas melihat bapa tidak sedarkan diri, malah wajahnya mula berubah menjadi pucat.
“Dalam keadaan cemas, saya membantu dengan memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), tetapi tidak mendatangkan hasil kerana arwah tetap kaku dan tidak menyahut ketika namanya dipanggil,” kata Mohamed Arifin Samsudin, 44, anak bongsu pelakon komedi 50-an dan 60-an S Shamsuddin atau Samsudin Dali, 84.
Pelakon veteran itu disahkan meninggal dunia di rumahnya di West Avanue 6, Bukit Batok, Jurong di sini, pagi semalam.
Arwah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan (NUH) dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya pada jam 10.56 pagi.
Arwah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan (NUH) dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya pada jam 10.56 pagi.
Arifin berkata, ketika kejadian dia berehat di dalam bilik bersebelahan, manakala ibunya, Puteh Ismoon, 77, melayan arwah yang mahu bersarapan pagi.
No comments:
Post a Comment