Semasa penulis dalam perjalan balik pada 28hb Mac 2012 (Rabu) dari menjalankan Kursus Kejurulatihan dan Kepegawaian Sukan Special Olympics Negeri Johor, penulis berhenti rehat sebentar di R n R Yong Peng arah utara.
|
Kalau tengok macam nih! Memang tak nampak!! |
Ketika hendak membeli buah-buahan potong di satu gerai van disitu, tanpa semena-mena penulis terpandangkan sesuatu yang memang amat penulis kenali pada penghujung dahan sebatang pokok yang ditanam untuk menghijaukan suasana di R n R tersebut.
|
Haaaaa! dah nampak kan!! |
Apa lagi........, kediaman rasmi sang serang (moto mereka, ENGKAU KACAU, AKU SERANG; TAK KACAU PUN SILAP-SILAP AKU SERANG).
Nah tengok sendiri koloni aku! (kata sang serang) yee haaaaa!! (ada brani???)
Penulis terus menelefon Plusline Rescue (1-800-88-0000), pada jam 16:47pm untuk memaklumkan perkara tersebut.
|
Haaaa! Lagi Jelas, Nyata dan Terangkan
Tak pe kan! kalau pengguna lebuhraya kena sengat, bil perubatan PLUS
tanggung, kan, kan, kan. MC pun PLUS tanggung |
Penulis juga bertanya kepada peniagawati disitu, apakah dia nampak apa yang saya lihat, huh!!!! jawapannya sungguh memeranjatkan "kami dah tahu dan nampak lebih dari setahun, dah cakap pun dengan Plus, mereka datang tengok, lepas tuh! tak buat pape pun!!"
Agak-agaknya Plus nak simpan jadi aset (ataupun mungkin tentera tebuan Nuk Naning)
No comments:
Post a Comment